Selasa, 30 Disember 2008

PUNCA E-MEL TIDAK DIBACA


Kita semua pernah melakukannya - membuang ke dalam tong sampah e-mel yang belum kita baca. Dan, banyak juga e-mel yang dihapuskan sejurus selepas dibaca. Mengapa? Ini 10 sebabnya:

1) Boringnya tajuk

Tiada sesiapa yang akan membuka e-mel bertajuk 'E-mel ini mengandungi statistik makanan kegemaran penduduk Singapura sepanjang 10 tahun lalu'

2) Salah mengeja nama

Kesilapan ini tidak dapat dimaafkan. Anda hanya perlukan masa sesaat untuk memeriksa adakah ejaan nama penerima e-mel anda betul.

3) E-mel bermula dengan

'Salam hormat kepada tuan/puan' Zaman sudah berubah.

4) Berjela-jela

Ada e-mel mengalahkan kandungan kekata novel JRR Tolkien. Penat hendak membaca empat halaman sampah sebelum menemui kandungannya yang penting.

5) Menghantar e-mel berkali-kali

Satu cara mendorong penerima menghapuskan e-mel anda adalah dengan menghantar e-mel sama berkali-kali dalam masa beberapa jam.

6) Mengandungi terlalu banyak gambar, video, lagu

E-mel seperti ini memakan masa lama untuk dibuka dan leceh untuk dibaca.

7) E-mel berangkai

Tolonglah. Siapalah yang ada masa untuk buka e-mel yang mengancam dia akan dibunuh sekiranya dia tidak menghantar e-mel itu kepada 10 orang lain!

8) E-mel tanpa nama penghantar

Ramai pengguna e-mel peribadi menggunakan nama samaran sebagai alamat e-mel. Apabila menghantar e-mel untuk kali pertama, lebih baik jika anda sertakan nama sebenar supaya saya tidak hanya mengingat anda sebagai nuttynotty69@hotmail.com sahaja.

9) E-mel tanpa tajuk

E-mel seperti ini boleh dianggap sebagai e-mel sampah atau spam

10) E-mel dengan tajuk terlalu panjang

Cuba gunakan ayat yang singkat sebagai tajuk e-mel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan