Selasa, 30 Disember 2008

China lancar terowong pertama rentasi dasar Sungai Yangtze


Terowong pertama sepanjang 3,330 meter merentasi dasar Sungai Yangtze dibuka kepada lalu lintas, semalam. - AFP


BEIJING 29 Dis. - China semalam melancarkan pembukaan terowong pertama merentasi dasar sungai terpanjang, Sungai Yangtze hasil teknologi kejuruteraan canggih yang menelan kos sebanyak dua billion yuan (AS$292 juta) menghubungi sistem lalu lintas di pusat bandar Wuhan, lapor akhbar tempatan, hari ini.

Pembukaan terowong sepanjang 3.63 kilometer dengan empat lorong itu menjimatkan masa perjalanan daripada 30 minit kepada hanya tujuh minit antara bandar raya di wilayah selatan itu dengan pusat perniagaan daerah Hankou, kata pegawai tempatan, yang dipetik sebagai berkata oleh Shanghai Daily.

Negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi keempat tertinggi di dunia itu memperuntukkan belanja yang besar bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi meningkatkan daya saingan ekonomi, ketika pertumbuhan perlahan ekoran krisis kewangan global.

China akan membuka dua lagi terowong laluan di dasar Sungai Yangtze dan Sungai Nanjing, di selatan ibu kota Wilayah Jiangsu dan ibu kota kewangan Sanghai menjelang 2010, lapor akhbar berkenaan.


Pada Mei lalu, negara berkenaan telah melancarkan pembukaan jambatan merentasi laut terpanjang di dunia yang berharga 12 billion yuan bagi menghubungkan laluan terus antara Shanghai dengan bandar pelabuhan Ningbo. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan