2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim


Buku ini merupakan satu analisis objektif tentang perancangan yang amat teliti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga membolehkan parti Pembangkang menguasai lima negeri dan 82 kawasan parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, lantas menghalang parti pemerintah Barisan Nasional daripada mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

Penulis buku ini memfokuskan kepada perincian strategi yang dirancang oleh Anwar Ibrahim yang memakan masa berbulan-bulan lamanya sebelum pilihan raya umum diadakan dan cara beliau telah melaksanakan strategi itu dengan jayanya. Isu yang ditonjolkan oleh Anwar Ibrahim serta faktor-faktor yang membantu dan mendorong beliau untuk mencapai kejayaan yang bersejarah turut dibincangkan.

Buku ini juga turut membentangkan teori-teori dan penjelasan yang menarik tentang bagaimana Barisan Nasional yang pada suatu ketika dahulu amat sukar untuk ditewaskan telah menjadi lemah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum tahun 2008.

Buku ini juga menyingkap pelbagai aktiviti dan sumbangan Anwar Ibrahim sejak dari zaman beliau menjadi pemimpin pelajar, peningkatan beliau yang begitu cepat dalam UMNO dan dalam kerajaan serta perjuangan beliau yang tidak henti-henti dari dalam penjara sehingga beliau muncul semula di arena politik dengan lebih gilang gemilang. Tiada lagi yang perlu dipersoalkan apabila beliau dianggap sebagai bakal Perdana Menteri.

Buku ini juga meneroka implikasi kemungkinan Anwar Ibrahim kembali ke parlimen sebagai Ketua Pembangkang menerusi pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Akhir sekali, peluang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga dibincangkan. Maka tidak hairanlah bahawa walaupun Pilihanraya Umum 2008 telah pun berlalu, strategi kemenangan Anwar Ibrahim terus mendominasi arena politik di Malaysia di sebalik penahanan dan pertuduhan terhadap beliau baru-baru ini.

Buku ini bakal menjadi bahan bacaan yang sangat menarik dan mampu memprovokasi fikiran penganalisis politik, penggemar politik, para individu yang bercita-cita untuk memegang kuasa politik, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat dengan senario politik Malaysia.

[Terdapat juga dalam versi Bahasa Inggeris]

Author: Mutharasan
Publisher: Focus Media Enterprise
Year: 2008
Number of page: 252
Price: RM25.00
Sumber : Kinibooks

Buy Now
try , Rabu, Oktober 29, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog