2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terapi gen pulih buta

Saintis Amerika dakwa kaedah mampu pulihkan retina mata

WASHINGTON: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa tiga lagi pesakit buta dilaporkan dapat melihat semula selepas menjalani kaedah eksperimen terapi genetik.

Semua pesakit berkenaan berusia awal 20-an dan daya penglihatan mereka pada siang hari terbukti meningkat lebih 50 peratus berbanding keadaan sebelum menjalani rawatan berkenaan. Penglihatan pada malam hari pula meningkat sehingga 63,000 kali,” kata penyelidik Universiti Pennsylvania, Artur Cideciyan dalam temubual menerusi telefon.

Hasil kajian Cideciyan dan rakannya, James Wilson yang dimuatkan dalam edisi terbaru jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, menghasilkan keputusan sama seperti dicatatkan penyelidik bagi merawat masalah dikenali Leber congenital amaurosis atau LCA.

Masalah itu disebabkan mutasi gen dikenali RPE65 dan pakar sudah lama menegaskan yang ia sesuai dijadikan sasaran kajian terapi gen yang membabitkan kaedah penyelidikan perubatan bagi memperbetulkan penyakit menerusi gantian gen bermasalah.


Masalah LCA antara lainnya membabitkan kerosakan pengimbas cahaya pada bahagian retina. Ia lazimnya menjejaskan penglihatan pada seawal usia zaman kanak-kanak dan menyebabkan kehilangan penglihatan sepenuhnya apabila pesakit berusia 30-an.

Sehingga kini, tiada sebarang penawar bagi mengatasi buta berkenaan.

Kesemua pasukan penyelidik itu menggunakan sejenis virus bagi memulihkan gen rosak pada mata pesakit. Virus itu bagaimanapun tidak meninggalkan sebarang simptom atau gejala kepada individu terbabit.

“Kami menjalankan kajian sama ada ia membantu memulihkan penglihatan pada siang atau malam hari, tetapi mendapati kedua-dua aspek berkenaan dapat pulih menerusi terapi itu.

Pesakit sendiri mengakui berasakan perbezaan terhadap daya penglihatan mereka. Pandangan lebih cerah dan warna lebih terang. Mereka sendiri kagum dengan kemampuan melihat berkenaan,” kata Cideciyan.

Beliau bagaimanapun menegaskan yang pesakit itu bukanlah buta sepenuhnya.

“Daya penglihatan mereka terjejas teruk, seperti memakai tiga kaca mata hitam serentak. Rawatan ini membantu memulihkan lebih separuh penglihatan mereka yang terjejas itu.”

Pada April lalu, dua pasukan yang saling bersaing, melaporkan keputusan sama seperti dilaporkan dalam edisi terbaru New England Journal of Medicine.

“Masih ada banyak peringkat yang perlu disempurnakan kerana sukar sebenarnya untuk memulihkan keseluruhan retina.” - Reuters
try , Rabu, September 24, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog