Khamis, 18 September 2008

Najis & Kopiah

Assalamualaykum warahmatullah..

Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada kita semua.. ameen

Dikesempatan ini saya cuba nak kongsi sikit pasal kopiah bulu ni bedasarkan apa yang telah saya baca dan belajar... (tapi saya bukan tuk guru lah)

Di antara perkara-perkara yang telah disepakati ulama bahawa benda tersebut adalah najis ialah:

* Anggota badan binatang yang terpisah semasa ia masih hidup seperti tangan, ekor atau punggung.

* Ulama berdalilkan dengan hadith rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apa yang terpisah daripada haiwan maka ia adalah najis" (diriwayatkan oleh al-Hakim)

* Walaubagaimanapun semua ulama berpendapat bulu dan rambut binatang yang halal dimakan dagingnya yang terpisah semasa ia masih hidup dikira suci berdalilkan firman Allah s.w.t dalam surah an-nahl ayat 80 yang bermaksud:
"Dan daripada bulu biri2 dan bulu unta dan bulu kambing kamu membuat perkakas rumahtangga dan untuk kesukaan hingga seketika(sampai buruk dan koyak)."
+++++

Dalam membincangkan bangkai, perkara bulu dan anggota binatang yang keras yang tidak mengandunigi darah seperti gading, kuku, gigi, tanduk dan sebagainya , ulama fiqh berbeza pendapat.

Mazhab syafie mengatakan benda2 tersebut adalah najis. Walaubagaimanapun mazhab syafie mengatakan bulu binatang yang boleh dimakan dagingnya sekalipun bulu itu terpisah daripadanya semasa ia masih hidup, bulu itu adalah bersih.

Oleh itu dalam mazhab kita(shafie), bulu2 binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis termasuklah bulu kucing sekalipun bulu itu tercabut masa kucing itu hidup..

Walaubagaimanapun pendapat yang tidak boleh ini hanyalah dalam mazhab syafie.

Manakala dalam mazhab2 yang lain (jumhur fuqaha'-semua fuqaha termasuk hanafi, hambali dan maliki- kecuali mazhab syafie) mengatakan kesemua bulu adalah bersih sekalipun bulu binatang yang telah menjadi bangkai.

+ (boleh rujuk dalam 1-al-fiqh al-Islami oleh Dr wahbah az-Zuhayli (terjemahan DBP)
2-al-Fiqh al-Manhaji oleh Dr mustaffa Khan dan Dr Mustaffa Bugha.

Semoga ilmu yang sedikit ini memberi manfaat buat kita semua.
Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak untuk semua.

----- Original Message -----
From: badrul sham
Sent: 18 September, 2008 1:57 PM
Subject: Fwd: [ma-war] Fw: {GE2u} Fw: kopiah..

---- Forwarded message ------
From: rohayati nordin

Date: 2008/9/17
Subject: Re: [ma-war] Fw: {GE2u} Fw: kopiah..
To: ma-war@yahoogroups.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan