Khamis, 18 September 2008

Majikan tidak wajib zakatkan pembantu rumah

Soalan:
Saya memiliki pembantu rumah Indonesia, adakah saya wajib menjelaskan zakat fitrah bagi pihak dirinya?

JAWAPAN: Majikan tidak wajib menjelaskan zakat fitrah bagi pihak pembantu rumahnya. Walau bagaimanapun, majikan diharuskan membayar bagi pihak pembantu itu, dengan syarat dia terlebih dahulu memaklumkan kepadanya.

Ini adalah perbuatan yang terpuji, sebagaimana sebuah hadis Nabi SAW:
"Bayarlah zakat fitrah daripada semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian."
(riwayat Baihaqi).

Walau bagaimanapun, jika pembantu rumah itu mahu mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya, itu adalah lebih baik. Ini kerana, pembantu tersebut memiliki kemampuannya sendiri untuk menunaikan zakat fitrah daripada pendapatannya sendiri.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan