2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Baju Raya untuk Abah (Part last)

Perjalanan ke Alor Setar kurasakan terlalu jauh. Jika aku punya sayap, ingin sahaja aku terus terbang ke kampung. Tak sabar rasanya untuk aku bertemu dengan abah. Entah bagaimana agaknya keadaan abah sekarang. Pak Lang kata, abah pengsan sebab sakit darah tinggi abah menyerang lagi. Dahlah tu, abah pun terpaksa kerja di dalam keadaan cuaca yang tak menentu. Hujan, panas, terpaksa diredah. Abah tu bukannya kerja dalam pejabat macam orang lain, tapi bekerja di luar. Memeriksa lesen-lesen perniagaan di merata-rata tempat. Abah memang seorang yang bertanggung jawab.

Aku bangga punya abah yang bertanggung jawab. Masuk hari ni, dah empat hari abah kat hospital. Mak kata abah semakin stabil. Mak pun tak pasti sama ada abah akan dibenarkan pulang menjelang raya ni atau tidak. Kalau ikut abah, memang abah nak sangat balik. Aku bukannya tak tahu abah tu bukan boleh lama-lama sangat kat hospital. Tak tahan bau ubat katanya.

Tiba di terminal bas Shahab Perdana, aku dijemput oleh Pak Lang. Dari jauh kulihat wajah Pak Lang nampak keletihan. Aku berkeras mahu terus ke hospital walaupun Pak Lang mencadangkan aku melawat abah pada waktu petang sahaja. Lagipun masa melawat cuma ada 15 minit je lagi. Tak sempat katanya. Akhirnya aku mengalah, walaupun hati aku meronta-ronta nak jumpa abah.

+++

Dari jauh aku dah nampak abah. Dia tersenyum lemah, cuba menyembunyikan kesakitannya daripada penglihatanku. Ah, abah, kesakitan yang kau tanggung tetap mengocak ketenangan fikiranku. Mana bisa hatiku tenteram jika orang yang kusayang bergelut dengan kesakitan. Tak sanggup aku lihat abah begini.

"Abah macam mana?"

"Baik saja, bila Ika sampai?"

"Tengahari tadi abah..."
Aku dah tak mampu bercakap. Air mata seolah-olah sudah mahu tumpah dari kolam mataku, namun aku cuba menahan. Aku tak mahu abah melihat air mataku. Aku tak mahu abah tahu kesedihanku ini. Cukuplah apa yang ditanggungnya selama ini. Sayu aku memikirkan betapa tangan yang pernah membelai aku ketika kecil dulu dicucuk dan ditoreh di sana sini.

"Macam mana dengan pelajaran Ika?"

"Okey saja abah. Setakat ni tak ada apa-apa masalah."

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Kalau boleh abah nak Ika menjadi pendorong dan perangsang kepada adik-adik. Abah nak anak-anak abah semuanya berjaya. Kalau kita dah berjaya dan berilmu barulah orang pandang pada kita. Ika fahamkan? Tapi kalau Ika ada masalah janganlah segan bagi tahu abah terutamanya tentang masalah kewangan. Abah tahu belajar di universiti banyak belanjanya. Insya-Allah selagi tulang empat kerat abah ni ada, abah akan tanggung pelajaran Ika."

Abah masih bercerita tentang tulang empat kerat sedangkan penyakit abah menuntut rehat yang banyak darinya. Mak hanya mendiamkan diri. Maklah selama ini yang menjaga abah di hospital. Kulihat badan mak pun semakin susut, wajah mak pun semakin cengkung. Mak juga telah banyak berkorban untuk kami, namun jarang sekali menceritakan atau merungut tentang kesulitan yang ditanggung selama ini. Tapi... mak hanya tersenyum. Senyuman yang menyembunyikan seribu satu kepahitan yang mak lalui.

Aku hanya beredar dari katil abah apabila waktu melawat sudah tamat. Sebelum beredar aku sempat memandang abah. Kupandang wajah itu bagai tidak mahu kulepaskan dan dadaku semakin sebak. Semoga abah lekas sembuh, itu doaku. Aku dan adik-adikku yang lain masih memerlukan abah.

the end

----- Forwarded Message ----
From: SITI ARMIZA

Sent: Monday, September 8, 2008 14:29:12
Subject: (-_-) ::baju raye untuk abah::

try , Khamis, September 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog