PETRONAS Dagangan Bhd menawarkan 888 hadiah kepada pelanggan stesen minyak Petronas menerusi Peraduan 'Menangi Petrol Percuma Selama Tiga Tahun' setiap bulan bermula hari ini (17 Agos 2008) sehingga 17 November 2008.
Hadiah dalam bentuk tunai itu, termasuk hadiah utama pengisian petrol secara percuma selama tiga tahun bernilai RM28,800 untuk seorang pemenang setiap bulan.Turut ditawarkan ialah hadiah istimewa pengisian semula petrol sebanyak tiga kali di stesen minyak Petronas dengan jumlah maksimum bernilai RM600 kepada 799 pemenang setiap bulan.
Selain itu, peraduan sempena ulang tahun ke-34 Petronas itu juga menawarkan hadiah bulanan berupa pengisian semula petrol sebanyak lapan kali dengan jumlah maksimum RM1,600 kepada 88 pemegang kad kredit Petronas Maybankard Visa.
Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcitnya, Mohammad Fadzlan Abdul Samad, berkata peraduan terbuka kepada warga negara Malaysia yang membuat pembelian minimum RM30 sama ada secara tunai berserta Kad Mesra atau menggunakan kad kredit, kad ATM (Bankcard) atau kad SmartPay Petronas.
Katanya, setiap pembelian bernilai RM30 di dalam satu urus niaga di mana-mana stesen minyak Petronas melayakkan pelanggan untuk satu penyertaan.
"Untuk maklumat lanjut peraduan, sila layari www.mymesra.com.my," katanya sambil menambah peraduan itu dianjurkan sebagai menghargai sokongan berterusan pelanggan terhadap stesen minyak Petronas selama ini.
Beliau menyatakan demikian selepas perasmian stesen minyak Petronas dan pembukaan rasmi cawangan restoran McDonald's di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam. Hadir sama Pengarah Kanan Operasi McDonald's Malaysia, Jeffery Tan.
Fadzlan menjelaskan, hadiah tunai akan diberikan dalam bentuk cek jurubank manakala pemenang yang membuat pembelian menggunakan Petronas Maybankard Visa, Petronas CIMB MasterCard dan Kad Smartpay, hadiah tunai berkenaan akan dikreditkan terus ke dalam akuan kad pemegang.
Katanya, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi lima kali 'Treats Points' bagi setiap pembelian menggunakan Petronas Maybankard Visa bagi tempoh dari 1 Ogos sehingga 31 Disember 2008.
"Rebat sebanyak tiga peratus bagi pembelian menggunakan Petronas CIMB Mastercard pula adalah dari 18 September sehingga 17 November 2008," katanya. - bh
Isnin, Ogos 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tawaran 888 hadiah setiap bulan di stesen Petronas silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "