
Tapak arkeologi berusia 10 ribu tahun di Niger yang dikenali sebagai Gobero dalam bahasa Tuareg telah ditemui pada tahun 2000, tetapi kumpulan penyelidik hanya memperoleh maklumat yang lengkap pada masa ini bagi menyiapkan satu laporan penuh mengenai penemuan tapak itu, kata ahli paleontologis, Paul Sereno dari Universiti Chicago dalam satu kenyataan.
"Para penyelidik menemui timbunan tulang manusia, haiwan dan artifak-artifak lain ketika sedang mencari fosil dinosaur.
"Kami percaya kawasan ini adalah kawasan Sahara," kata Sereno yang menemui tapak tersebut ketika bekerja dengan National Geographic.
Tapak itu mengandungi 200 kubur yang dipercayai merupakan peninggalan dua penempatan berbeza berusia seribu tahun antara satu sama lain.
"Yang paling dramatik ialah rangka dipercayai wanita yang sedang memeluk dua orang kanak-kanak ditemui terbaring di atas katil dipenuhi bunga-bungaan dipercayai berusia hampir lima ribu tahun lalu," katanya.
Kumpulan penempatan pertama terdiri daripada mereka yang berbadan tinggi dan tegap dipercayai kumpulan pemburu ganas dikenali sebagai Kiffian yang dipercayai meninggalkan tasik itu 8,000 tahun lalu ketika tasik itu mengalami kemarau, kata Sereno dalam laporan kepada Pustaka Awam Jurnal Sains, PLoS ONE.
Kumpulan kedua terdiri daripada mereka yang mula menetap di situ antara 7,000 tahun dan 4,500 tahun lalu dikenali sebagai puak Tenerian yang mempunyai badan yang lebih kecil dan rendah yang merupakan kumpulan pemburu, penternak dan menangkap ikan.
Kedua-dua komuniti itu meninggalkan banyak artifak bersejarah termasuk set pertukangan, mata pancing, seramik dan batu permata.
Sahara merupakan padang pasir terbesar dunia dan berikutan perubahan orbit bumi 12,000 tahun lalu membawa monson ke utara untuk seketika.
"Data-data dari Gabero yang digabungkan dengan tapak-tapak yang sedia ada di utara Afrika menjadi satu titik permulaan bagi kita memahami sejarah lama yang kompleks mengenai evolusi bio sosial dalam menghadapi turun naik dan perubahan iklim di Sahara," kata Sereno. - utusan
Sabtu, Ogos 16, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Sahara suatu ketika dahulu kawasan hijau - Penyelidik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "