LONDON: Penyelidik Britain memberi amaran golongan pekerja muda yang sentiasa dibebani tugas pejabat, mempunyai risiko dua kali ganda mengalami masalah mental seperti kemurungan dan sering gelisah berbanding rakan lain.
Kajian ke atas 1,000 responden berusia 32 tahun di Britain dan New Zealand mendapati 45 peratus kes baru kemurungan dan gelisah disebabkan masalah tekanan kerja, lapor edisi terbaru Psychological Medicine, kelmarin.
Bebanan tugas itu merujuk ketidakupayaan pekerja mengawal tugasannya, masa kerja yang panjang, tarikh akhir tiada kompromi serta tugasan menimbun setiap hari.
Responden ini pula bertugas sebagai aktres, pakar otak, guru, juruterbang helikopter, pengutip sampah, wartawan dan anggota polis.
Mereka ditanya mengenai beban kerja dan desakan memenuhi tarikh akhir, masa kerja panjang, sama ada tugas itu sibuk dan apakah mereka jelas mengenai sasaran ditetapkan syarikat.
“Kajian kami menunjukkan ramai golongan muda tidak dapat mengawal tekanan kerana bebanan kerja, lebih berisiko mengalami masalah kemurungan berbanding pekerja muda pada zaman dulu,” kata ketua penyelidik Dr Maria Melchior, pakar epidemiologi Institut Psikiatri Kolej Kings, London.
Penyelidik terbabit mengkaji golongan pekerja di New Zealand dan Britain dalam tempoh setahun bagi melihat perkembangan kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, 10 peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengakui mengalami episod awal kemurungan atau sering gelisah.
Namun, risiko kemurungan antara masalah mental utama, didapati meningkat dua kali ganda di kalangan mereka yang terbabit dalam kerjaya penuh tekanan.
“Kebanyakan responden berada pada usia awal 30-an iaitu pada tahap selesa dengan kerjaya mereka dan tidak berminat untuk memilih karier lain, biarpun terpaksa memikul banyak bebanan tugas.
“Ada banyak sebabnya dan kajian lampau mengaitkannya sebagai kesan ke atas hormon tekanan dalam otak yang akhirnya menyebabkan kemurungan, lesu dan kurang tidur,” kata Dr Melchior.
Lebih memburukkan keadaan, mereka yang terbabit dalam kerjaya penuh cabaran itu juga jarang atau tidak mempunyai banyak masa bagi menyertai aktiviti sosial.
Penyelidik bersama, Professor Terrie Moffitt, berkata jenis kerjaya tertentu yang lebih terdedah kepada kemungkinan untuk gagal juga memainkan peranan mempengaruhi tahap tekanan individu. Ini termasuk, tugas sebagai ketua chef di restoran sibuk yang menjadi antara kerjaya paling mencabar. – Agensi (5 Ogos 2007)
Jumaat, Ogos 22, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pekerja muda mudah murung silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "