LONDON: Obesiti memberi ancaman sama hebat seperti keganasan kepada Britain dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), seorang penasihat kerajaan memberi amaran.
Pakar kesihatan umum, Profesor David Hunter, mengkritik menteri kerana gagal mengambil 'tindakan tegas' untuk menangani krisis yang semakin ketara peningkatannya itu.
Pakar sudah pun memberi amaran jika aliran sedia ada berterusan, separuh penduduk negara itu dikategorikan sebagai obes dalam masa 25 tahun, menyebabkan jangka hayat menurun buat kali pertama dalam masa dua abad.
Profesor Hunter dari Universiti Durham berkata, sejak tahun 1970-an kerajaan tidak banyak berusaha menangani krisis kesihatan.
"Mereka bercakap mengenainya selama empat dekad tetapi ia nampaknya tidak pernah cukup. Kerajaan bertindak segera untuk perkara seperti kad pengenalan diri atau penahanan selama 42 hari tanpa perbicaraan - kini ia perlu menunjukkan kepemimpinan sama dalam kesihatan umum.
"Ancaman kepada kesihatan pada masa depan sama bahaya dengan ancaman keselamatan," katanya.
Walaupun inisiatif kerajaan menunjukkan sedikit kesan, tambahnya, ia masih pada skala rendah.
"Banyak inisiatif menurut perjanjian sukarela - tetapi ia cuma sampai ke tahap yang menyaksikan perkara seperti itu tidak berkesan," katanya.
Kira-kira 25 peratus daripada penduduk di England dikelaskan sebagai terlalu gemuk atau obes. Jadi, keadaan itu yang mengancam kesihatan mereka berbanding lapan peratus pada tahun 1980.
Berdasarkan aliran terkini, separuh penduduk akan dikelaskan sebagai obes secara klinikal pada tahun 2032, dan penduduk dengan diabetes Jenis Dua yang berpunca daripada berat badan berlebihan - akan meningkat 10 kali ganda kepada 19 juta.
Secara keseluruhan, obesiti mengurangkan jangka hayat sehingga sembilan tahun.
Pelbagai jenis barah termasuk barah payu dara, barah kolon, sakit buah pinggang dan barah perut, diketahui berkaitan dengan berat badan.
Kos NHS untuk merawat obesiti - yang kini sudah mencecah £1 bilion (RM6.5 bilion) setahun - juga akan meningkat.
Jurucakap bagi Jabatan Kesihatan berkata: "Kami menangani masalah itu menerusi kempen kesedaran dan tindakan di sekolah." - Agensi
Sabtu, Ogos 16, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Obesiti disifatkan lebih 'ganas' silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "