"Syariah tidak menerima pengiraan astronomi berdasarkan matematik sebagai asas bagi menentukan permulaan dan akhir Ramadan," kata pengerusinya dan Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Sheikh.
Majlis berkenaan mengakhiri satu siri perbincangan mengenai isu berkenaan dan mengemukakan pendapat akhir Selasa lalu dengan menyatakan kaedah melihat anak bulan atau rukyah mesti menjadi asas menentukan permulaan dan akhir bulan.
Abdul Aziz berkata sesiapa yang meragui kaedah melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa dan hari raya, dianggap lemah dan tidak sempurna iman.
Beliau menafikan dakwaan bahawa umat Islam mungkin terpaksa bergantung kepada hisab untuk menentukan permulaan Ramadan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan