/

Dua juta lawat laman web Permaisuri Rania

Isu dipapar maruah keluarga, keganasan rumah tangga

AMMAN: Usaha Permaisuri Rania dari Jordan untuk menepis tanggapan negatif terhadap Islam menerusi laman web popular Youtube, membuahkan hasil apabila ia menerima kunjungan 2 juta pengguna internet sejak dilancarkan lima bulan lalu.

Permaisuri jelita dikenali kerana pelbagai usaha kemanusiaan dan kebajikan, muncul menerusi pelbagai video interaktif di laman www.youtube.com/queenrania pada Mac lalu dalam usaha mewujudkan dialog sihat antaranya golongan muda negara Barat selain mempromosi Islam sebagai agama keamanan.

Hampir setiap hari, Rania yang berdarah Palestin, memuatkan video dan hasil tulisannya dengan harapan dapat menepis tanggapan negatif rakyat Barat khususnya, terhadap umat Islam serta agama suci berkenaan.


Antara topik dipaparkan termasuk isu pembunuhan atas alasan mempertahankan maruah keluarga, keganasan dan hak wanita Arab.

Malah bukan saja Rania, ruangan itu turut disertai pandangan ahli muzik, pelawak dan personaliti. Pengunjung pula boleh menyertai sebarang perbincangan dengan menghantar pendapat masing-masing.

“Jika boleh, saya mahu menjadi perantara bagi membolehkan mereka yang salah tanggapan terhadap Islam, memperbetulkan pandangan mereka. Apa yang penting, sekurang-kurangnya apabila mereka mengunjungi laman kami, mereka dapat melihat perkara yang betul dan memperoleh manfaat daripadanya,” kata Rania dalam temubual menerusi e-mel kepada agensi berita Associated Press (AP) baru-baru ini.

Sebagai membuktikan hasilnya itu tidak sia-sia, muka surat berkenaan dalam laman web Youtube itu dikunjungi 2 juta pengguna internet yang melihat pelbagai video, termasuk kenyataan ringkas Rania mengenai tujuan program berkenaan.

Rania yang dikenali sebagai pejuang hak wanita dan kanak-kanak di Jordan, berkata beliau juga selesa dengan perbincangan secara terbuka dalam laman web berkenaan yang turut membuktikan kebebasan bersuara. - Agensi
try , Selasa, Ogos 26, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog