2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bapa Nurin fail saman RM2 juta

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Nurin Jazlin, kanak-kanak yang dijumpai mati dan dibunuh dengan kejam selepas kehilangannya, Ogos tahun lalu, memfailkan saman fitnah bernilai RM2 juta dan saman kecuaian terhadap Ketua Polis Negara dan tiga yang lain berikutan kecuaian penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet serta pernyataan fitnah.

Jazimin Abdul Jalil, 34, dalam saman itu menamakan Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.


TUNTUTAN: Jazimin (dua kiri) bersama peguamnya Akbardin memfailkan saman kepada Polis Diraja Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jazimin memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, pada jam 10.30 pagi melalui Tetuan Akberdin & Co yang diwakili peguam Akbardin Abdul Kader.

Dalam saman berhubung kecuaian menyebabkan gambar bedah siasat anak sulungnya itu, Jazimin bagaimanapun tidak meletakkan jumlah ganti rugi yang dipohon sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah memutuskannya.

Beliau bagaimanapun memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, faedah ke atas ganti rugi am sebanyak empat peratus setahun daripada tarikh saman itu difailkan, faedah ke atas jumlah penghakiman sebanyak lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bapa mangsa mendakwa, gambar yang tersebar itu sepatutnya bukan untuk dijadikan tatapan umum kerana ia adalah sulit, selain sepatutnya hanya untuk kegunaan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan terhadap kematian Nurin Jazlin.

Katanya, penyebaran e-mel itu juga mengganggu ketenteraman dan memberi impak terhadap emosi keluarganya.


Sementara itu, dalam saman fitnahnya, Jazimin memohon ganti rugi am sebanyak RM2 juta, ganti rugi memburukkan, ganti rugi teladan dan ganti rugi atas reputasinya yang tercemar.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus menyebarkan fitnah secara lisan atau bertulis melalui media dan memohon defendan membuat kenyataan maaf dalam akhbar tempatan untuk menarik semula fitnah itu.

Selain itu, Jazimin mendakwa, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (defendan pertama) dengan cuai dan tanpa asas memberikan kenyataan berunsur fitnah kerana mendakwa kehilangan Nurin berlaku berkemungkinan kerana bapa mangsa terbabit dengan pinjaman ‘along.

“Dakwaan itu menggambarkan saya seperti seorang yang tidak bermoral dan mengalami masalah kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman daripada along,” katanya. - bh
try , Jumaat, Ogos 22, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog