2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Panas Baran




yellowstone national park :: sulphur springs
Originally uploaded by mischievous meg.



Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.


Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?
Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah.

Apakah yang mendorong sifat panas baran?
Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Kesan buruk panas baran?

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.

Langkah terbaik menangani sifat panas baran?

Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan.

Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah?
Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran

  • Perilaku agresif

  • Gejala sosial

  • Emosi

  • Masalah kewangan/ keluarga

  • Ego

  • Tekanan perasaan

  • Faktor didikan

  • Bebanan kerja

  • Faktor persekitaran


10 Risiko Individu Panas Baran

  1. Dipulaukan masyarakat sekeliling

  2. Jiwa kosong (murung)

  3. Hilang pekerjaan/jawatan

  4. Perceraian

  5. Kemalangan

  6. Pergaduhan

  7. Kesalahan jenayah

  8. Melakukan penderaan

  9. Tekanan perasaan

  10. Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)


Alkisah panas baran...

Cerita 1:
WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.

Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.

Cerita 2:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.

Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat.

Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.

Senyumlah...

PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.

Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.

Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

Meningkatkan kekerapan bersenam

Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.

Ubah gizi (diet) pemakanan
Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.

Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.
try , Jumaat, Oktober 13, 2006 | 3 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

3 ulasan :

  1. panas baran biler gagalSabtu, April 12, 2008 8:45:00 PTG

    sy?? kadang2 panas baran biler sy gagal dalam sesuatu perkara...
    nangis is salah satu cr sy mengurangkan panas baran tapi saya rasa itu satu cara
    yang membuang masa...so dat saya akan terjerumus dlm kemurungan
    saya akan kurang bercakap dgn orang sekelililng saya,saya lebih senang bersendirian
    kadang-kadang saya tak suka ditegur,contohnya orang sekeliling saya nk cheer me up but
    saya akan cepat melenting.suya tak reti nk handle panas baran saya i try but still doent worth.what should i???

    BalasPadam
  2. sy mrupakan sorg yg panas baran jugak...ia dtg pabile sy dilanda tekanan perasaan yg disebabkan oleh bapa sy...sy dh cube ilangkan tekanan tsebut ttp ia kerap dtg bile ketegangan itu berlaku...sy xtau mcm mn nk ilangkan panas baran tersebut...

    BalasPadam
  3. saya merupakan seorang yang panas baran selalu nya berlaku apabila mengalami tekanan kerja yag berlebihan di tempat kerja dan bagaimana saya ingin menghilangkan sikap panas baran saya

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog