2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Peraduan Celcom 100 Hari 100 Kereta

PUTRAJAYA: Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membenarkan Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) menganjurkan semula Peraduan 100 Hari 100 Kereta dengan format yang mematuhi kehendak syariah.

Pengerusinya, Datuk Hassan Ahmad, berkata keputusan itu disampaikan kepada wakil Celcom pada mesyuarat panel itu di Bangi, semalam.

Hassan yang juga Mufti Pulau Pinang berkata, satu garis panduan lengkap peraduan membabitkan khdimat pesanan ringkas (SMS) yang perlu dipatuhi semua syarikat telekomunikasi akan diumumkan selepas mesyuarat panel itu bulan depan.

"Celcom dimaklumkan mengenai keputusan itu termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi untuk memastikan peraduan kali ini tidak melanggar syariah Islam," katanya di sini, semalam.

Syarikat itu diarah memberhentikan serta-merta peraduan SMS yang menawarkan sebuah Toyota Camry sehari sejak 2 Jun lalu selepas mesyuarat panel pada 17 Jun mendapati ia mengandungi unsur judi, gharar (unsur yang tidak jelas) dan menggalak pembaziran.


Berikutan itu, satu pertemuan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz dengan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly diadakan di jabatan itu 18 Julai lalu, bagi membincangkan format baru peraduan.

Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2004 memutuskan peraduan berbayar menerusi SMS haram kerana berunsur perjudian.


Sementara itu, Berita Harian difahamkan Celcom mendapat kebenaran menganjur semula peraduan itu selepas perubahan ketara format, iaitu menjual SMS dan khidmat pesanan multimedia (MMS) untuk kegunaan akan datang, bukannya mengenakan caj RM5 bagi setiap soalan yang dijawab peserta seperti sebelum ini.

Sumber rapat dengan siri mesyuarat Panel Kajian Syariah dan Celcom itu berkata, format baru peraduan dipersetujui panel berkenaan selepas beberapa perubahan dibuat berdasarkan maklum balas panel berkenaan.

Bagaimanapun, Celcom mungkin akan mengemukakan cadangan format lain yang lebih mudah dikendalikan dan tidak memerlukan peserta menjawab soalan seperti peraduan anjuran Petronas sebelum ini. - bh
try , Khamis, Julai 31, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog