/

Pemuat naik klip video lucah boleh dikesan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), boleh mengesan individu yang memuat naik klip video lucah dalam laman web dan seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka mengikut Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, usaha mengesan perbuatan itu bergantung kepada situasi dan fakta sesuatu kes.

Sebagai contoh, pengesanan mereka yang terbabit adalah lebih mudah bagi laman web yang berpangkalan di Malaysia berbanding luar negara. Dalam hal ini, SKMM akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengenal pasti mereka terbabit agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil.

SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam mewujudkan laman web sekiranya kandungan laman web terbabit bertentangan dengan peruntukan Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Jurucakap itu berkata, laman web yang melanggar AKM 1998 boleh ditutup terus bagi menghalang orang ramai daripada melayarinya.
Sekiranya terdapat laman web yang melanggar peruntukan Seksyen 211 dan 233, AKM 1998 atau yang melanggar undang-undang bertulis Malaysia, SKMM ataupun pihak berkuasa lain boleh menyekat laman web terbabit daripada diakses oleh pengguna Internet di negara ini.

“Ini satu daripada langkah yang boleh diambil dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, penyebaran klip video lucah boleh dihalang jika pengguna Internet di negara ini menggunakannya secara positif dan mempunyai program tapisan.

Orang ramai diharap terus memberi maklumat kepada kami menerusi e-mel: ccd@cmc.gov.my,” katanya.

Laman web seperti ‘YouTube’ selalunya memberi laluan kepada pelawatnya untuk membuat laporan sekiranya terdapat kandungan yang didapati tidak sesuai dan melanggar syarat pendaftaran laman web terbabit supaya ia boleh dikeluarkan,” katanya.

"SKMM juga boleh memaklumkan kepada pengendali laman web terbabit mengenai kandungan yang bertentangan dengan AKM 1998 dan memohon kerjasama mereka agar kandungan itu dikeluarkan.

"Bagaimanapun, ibu bapa harus memainkan peranan dengan memantau anak mereka agar tidak terbabit dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti ini," katanya.

"Aduan yang kami terima ini akan diberi perhatian serius dan pihak kami akan bertindak tegas bagi memastikan kewujudan laman web lucah ini dapat dibanteras." katanya - metro
try , Rabu, Julai 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog