2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cuil.com bakal saingi Google

SATU laman web baru yang diketuai bekas jurutera Google dilancarkan awal minggu ini dengan sasaran untuk mengatasi peneraju enjin carian Internet dunia itu dari segi saiznya.

Bagaimanapun, syarikat itu berdepan cabaran sukar untuk mengubah tabiat melayari laman web di kalangan pengguna.

Cuil Inc menawarkan perkhidmatan carian di laman web http://www.cuil.com dan syarikat itu berkata ia mampu mengindeks dengan lebih pantas dan murah berbanding Google yang ketika ini memiliki indeks dalam talian terbesar.

Syarikat yang bakal menjadi pesaing Google itu berkata, perkhidmatannya melangkaui teknik carian sedia ada yang menumpu kepada corak trafik pengguna dan kaitan laman web.


Sebaliknya, Cuil akan menganalisa konteks setiap muka laman web yang dicari dan konsep di sebalik permintaan carian setiap pengguna.

Kemajuan besar yang kami capai dalam teknologi carian membolehkan syarikat mengindeks Internet dengan lebih banyak, meletakkan hampir seluruh laman web di hujung jari setiap pengguna,” kata Ketua Eksekutif dan Pengasas Bersama Cuil, Tom Costello dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Penganalisa Carian Web dan Ketua Pengarang Search Engine Land, Danny Sullivan, berkata Cuil boleh mencuba untuk mengeksploitasi rungutan yang diterima daripada pengguna Google.

Masa adalah tepat untuk kehadiran satu pencabar. Bagaimanapun, persaingan dengan Google adalah sesuatu yang sangat sukar, buktinya lihat saja kepada Microsoft,” katanya.

Microsoft Corp, yang kini berada di kedudukan ketiga dunia dalam perniagaan enjin carian masih tidak berjaya dalam usahanya untuk bergabung dengan enjin carian kedua terbesar, Yahoo Inc bagi berdepan Google.

Cuil diasaskan oleh sekumpulan perintis industri enjin carian termasuk Costello yang membina prototaip Web Fountain dan perkakasan analisa carian web IBM.

Beliau turut dibantu isterinya, Anna Patterson yang juga arkitek kepada indeks TeraGoogle milik Google.

Patterson juga mereka bentuk sistem carian bagi syarikat storan dokumen korporat global, Recall yang juga unit di bawah Brambles Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di Australia.

Kedua-duanya disertai oleh dua bekas rakan sekerja di Google iaitu Russel Power dan Louis Monier.

Sebelum ini, Monier mengetuai projek mereka bentuk semula enjin carian syarikat e-dagang utama dunia, eBay Inc dan turut menjadi Ketua Pegawai Teknologi dua laman web terkemuka 1990-an, AltaVista dan BabelFish. - bh
try , Khamis, Julai 31, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog