Mungkin ada diantara kita yang mengetahui tentang bahaya siling abestos ini tapi sengaja tidak mengambil berat tentang risiko yang bakal melanda dan bagi yang masih belum mengetahuinya sebaiknya ambil langkah segera untuk mencegah risiko merbahaya ini sebelum terlambat.
Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pakar-pakar perubatan sedunia telah mengharamkan penggunaan abestos untuk siling rumah dan kini banyak syarikat membuat siling telah bertukar kepada bahan lain yang lebih selamat seperti siling UAC atau serabut simen dan juga siling kapur atau lebih dikenali plaster siling.
Tapi bagi rumah-rumah kita dikampung atau rumah kita sekarang yang mungkin dibuat sepuluh tahun yang lalu berkemungkinan masih menggunakan siling abestos. cuba anda dapatkan pengesahan dari pemaju yang membina rumah anda tersebut ini demi keselamatan anda dan keluarga anda terutama bayi anda. untuk langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko CANCER ABESTOS / LUNG ABESTOS anda boleh mencuba langkah ini:
- tutup bayi anda dengan kelambu dan hamparkan kain diatas kelambu tersebut supaya habuk abestos hanya gugur diatas kain tersebut.
- bagi orang dewasa seperti anda rentangkan kain dibawah siling bilik tidur anda untuk menahan habuk abestos tersebut.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan