LONDON: Warga Britain berada pada senarai teratas pelancong paling biadab dan menjadi mimpi ngeri kepada pemilik hotel di seluruh dunia, mengatasi pelancong Amerika Syarikat dan Jerman yang selama ini disangka bermulut celupar.
Mereka dikenali dengan pemabuk, kurang ajar dan tidak boleh bercakap walau sepatah pun dialek tempatan.
Ia didedahkan tinjauan ke atas rangkaian perhotelan Eropah oleh syarikat pelancongan, Expedia. Bukan hanya pelancong Britain dianggap sebagai 'biadab', 'pengotor' dan 'bising', mereka juga dikritik kerana kuat makan hampir menyamai pelancong Amerika.
Sebaliknya, warga Jepun, Amerika dan Jerman pula dipilih sebagai pelancong berkelakuan paling baik.
Tinjauan ke atas lebih 4,000 pemilik hotel mendapati pelancong Britain masih kekal sebagai antara yang paling teruk dalam bercakap bahasa tempatan, walaupun beberapa perkara lain semakin baik seperti tidak lagi cuma bercakap dengan kuat dan lebih lambat untuk membuatkan mereka difahami.
Sesuatu yang turut menjejaskan imej mereka ialah pelancong Britain berada di tempat kedua di belakang pelancong Amerika dari segi pemakanan.
Bagaimanapun, pelancong Britain disukai pemilik hotel kerana tidak kedekut berbelanja dan berada di belakang pelancong Amerika dalam kategori itu.
Agak memeranjatkan, pelancong Amerika diundi sebagai paling bising ketika bercuti, diikuti Itali dan Britain, dengan Jepun dan Jerman dianggap paling pendiam.
Jurucakap Expedia.com, Alison Cooper, berkata: "Jelas kita masih jauh untuk membuang imej buruk ketika di luar negara. - Agensi
source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan