2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pandu 80kmj cara jimat guna petrol

Kelajuan lebih 100kmj tingkat guna bahan api

PUTRAJAYA: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menasihati orang ramai supaya memandu kenderaan pada kelajuan antara 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj) bagi menjimatkan penggunaan petrol atau diesel berikutan peningkatan harga bahan api itu sejak kelmarin.

Pengarah Pusat Penyelidikan Biomekanikal dan Keselamatan Kenderaan, Prof Madya Dr Wong Shaw Voon, berkata kajian Miros mendapati pemanduan pada kelajuan kurang 100 kmj dapat mengurangkan pembakaran bahan api.

Beliau berkata, ia juga bertepatan kemampuan sebenar enjin kenderaan penumpang biasa pada masa ini, terutama kereta nasional seperti Proton dan Perodua dan ia sudah terbukti menjimatkan di Amerika Syarikat.

"Walaupun had laju di beberapa lebuh raya ditetapkan 110 kmj, pemanduan pada kelajuan itu meningkatkan penggunaan bahan api," katanya.

Pemandu juga dinasihatkan tidak membrek secara mengejut atau memecut secara tiba-tiba kerana ia meningkatkan penggunaan bahan api selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

"Apabila kenderaan diperlahankan, pemandu perlu menekan semula minyak dan ini menyebabkan kenderaan memerlukan banyak tenaga dan membakar lebih banyak bahan api," katanya.

Wong turut menasihatkan bakal pembeli kenderaan melakukan kajian terlebih dulu, terutama aspek teknikal dan penggunaan bahan api.

Katanya, tanggapan umum bahawa kereta mewah lebih banyak menggunakan bahan api adalah tidak benar kerana kebanyakan kenderaan berkenaan dilengkapi ciri penjimatan minyak dan keselamatan tinggi.

"Sesetengah kenderaan kini dilengkapi kemudahan canggih dan boleh memberikan panduan kepada pemandu mengenai cara pemanduan terbaik dan kelajuan yang mampu menjimatkan pengguna bahan api," katanya. - BH (Oleh Haika Khazi)
try , Isnin, Jun 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog