
Lebih menarik apabila mereka menjangkakan ubat itu akan berada di pasaran dalam masa tiga tahun akan datang. Dengan mensasarkan bahagian otak yang mengawal selera makan, ia menjadikan pengguna berasa kenyang tidak lama selepas mula makan dan mengurangkan keinginan terhadap snek.
Saintis berkata, pengambilan pil itu sebanyak sebiji selama enam bulan dapat menyaksikan purata kehilangan berat badan sehingga sembilan kilogram - penurunan dua kali lebih banyak berbanding ubat yang sudah ada di pasaran.
Perubahan dalam berat badan memberikan kesan dramatik kepada kualiti hidup, selain mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan barah.
Laporan akhbar Daily Mail juga menyebut, pil tesofensine turut mengurangkan keperluan melakukan pembedahan mahal dan bahaya yang dilakukan beribu kali setahun di Britain ketika masalah obesiti semakin memuncak di negara itu.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai ubat itu digunakan sebagai 'penyelesaian pantas' kepada masalah yang dalam banyak kes boleh dikendalikan menerusi diet seimbang dan senaman.
Selain itu, ia juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, cirit-birit, sembelit, masalah tidur dan mungkin paling penting, peningkatan kadar degupan jantung.
Percubaan akan datang akan menentukan sama ada kesan sampingan mengatasi faedah ubat itu.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Antarabangsa, Profesor Arne Astrup, meneliti bagaimana tesofensine memberi kesan kepada berat badan lebih 200 lelaki dan wanita obes.
Semuanya mengambil ubat atau pil percubaan itu selama enam bulan dan memakan pada jumlah kurang berbanding biasa. Malah mereka yang mengambil pil kurang berkesan hilang secara purata 4.5 kilogram berbanding ubat percubaan - perangkaan yang dapat dibandingkan dengan ubat obesiti sedia ada di pasaran. - Agensi & Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan