Khamis, 29 Mei 2008

UFO meletup di ruang angkasa pulau Vietnam?

KEMPOT - Sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) dipercayai meletup di angkasa di selatan pulau di Vietnam, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penduduk kampung berkenaan melaporkan bahawa mereka mendengar satu letupan kuat kelmarin dan kemudian menemui serpihan logam.

Letupan dilaporkan sehari selepas tentera udara negara jiran Kemboja menarik balik satu laporan mengenai perlanggaran sebuah pesawat misteri di angkasa.

Agensi berita Vietnam berkata, para penduduk di Pulau Phu Quoc dekat wilayah Kampot, Kemboja menemui serpihan logam berwarna kelabu sepanjang 1.5 meter.

Beberapa anggota tentera dihantar untuk memeriksa serpihan dan mencari mangsa yang terselamat dan pihak berkuasa tempatan menghubungi syarikat penerbangan di Vietnam, Kemboja dan Thailand namun tiada memperoleh sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat. - Agensi & Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan