/

Phoenix mendarat di Marikh - NASA mulakan tinjauan ke kawasan artik di kutub utara Planet Merah

WASHINGTON 26 Mei – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat mendaratkan pesawat Phoenix dekat kutub utara Marikh malam tadi untuk memulakan tinjauan sama ada kawasan artik Planet Merah itu pernah didiami oleh hidupan berbentuk mikrob.

Gambar : PETER SMITH, Ketua Penyelidik dari Universiti Arizona sedang berucap pada sidang akhbar di JPL di Pasadena, California semalam. Di hadapannya ialah model pesawat Phoneix yang digunakan oleh NASA dalam misi ke Marikh.

Phoenix mendarat hampir sempurna di kawasan sasaran yang datar dan kurang berbatu-batan di Marikh selepas perjalanan sembilan bulan dari Bumi,” kata pengurus projek Phoenix, Barry Goldstein di pusat kawalan misi di Makmal Pendorongan Jet (JPL) di Pasadena, California, semalam.

Pendaratan penuh risiko itu berlaku pada 7.53 malam tadi (7.53 pagi ini waktu Malaysia).

Pesawat itu terpaksa menggunakan payung terjun dan kemudian tenaga tujahan untuk menurunkan kelajuannya dalam tempoh tujuh minit daripada 20,400 kilometer sejam bagi membolehkannya mendarat dengan selamat dengan ketiga-tiga kakinya.

Sempurna

Secara jujur, itulah peringkat paling sukar. Dalam mimpi saya pun saya tidak mungkin terbayang pendaratan yang sebegitu sempurna seperti yang berlaku malam ini,” kata Goldstein di NASA TV.

Phoenix yang dilengkapi pelbagai peralatan berteknologi tinggi akan menjalankan penerokaan selama tiga bulan di kawasan artik Marikh dikenali sebagai Vastitas Borealis.

Pesawat itu akan menggali di bawah permukaan planet tersebut untuk mencari tanda-tanda kewujudan air dan mineral organik yang membolehkan kehidupan.

Kawasan kutub di Marikh mengalami perubahan iklim seperti di Bumi, kerana itu saintis percaya kawasan artik Marikh mungkin mempunyai rekod geologi menunjukkan iklim lebih panas yang membolehkannya didiami hidupan. – AFP & Utusan
try , Selasa, Mei 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog