2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Orang Asli Amazon baru ditemui

RIO DE JANEIRO - Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin.

Gambar : GAMBAR ini menunjukkan beberapa Orang Asli berdiri sambil memegang tombak di kawasan penempatan mereka di sempadan Brazil-Peru.

Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.

Satu gambar menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu.

Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.

Terdapat satu lagi gambar yang menunjukkan sebanyak 15 orang lagi berada berdekatan dengan pondok, sebahagiannya melakukan persediaan untuk membaling tombak ke arah pesawat.

Gambar : DUA Orang Asli mengacukan tombak mereka.

"Dunia perlu jaga daripada tidur untuk memastikan wilayah mereka dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika tidak berbuat demikian, mereka akan pupus," kata Pengarah Survival International, Stephen Corry di mana pertubuhannya itu memberikan berusaha melindungi penduduk asli di seluruh dunia.

Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui.

Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.

"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior.

"Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.

Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru.

Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.

Gambar : KAWASAN penempatan Orang Asli yang baru ditemui di sempadan Peru - Brazil

Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.

"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross.

"Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.

"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya.

Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International.

Sebahagian mereka mungkin tidak pernah mengubah cara hidup yang diamalkan lebih 10,000 tahun lalu. - Agensi & Kosmo!

try , Sabtu, Mei 31, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog