2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Monarki 239 tahun tamat

KATHMANDU 29 Mei - Bendera diraja diturunkan dari istana raja Nepal hari ini apabila negara Himalaya ini menyambut hari pertamanya sebagai sebuah republik berikutan pemansuhan monarki Hindu berusia 239 tahun.

Gambar : POLIS antirusuhan berusaha menahan lelaki yang mengibarkan bendera kebangsaan ketika duduk di atas patung bekas Raja Nepal, Raja Mahindra di luar istana diraja di Kathmandu, semalam. - AFP

Institusi raja yang dahulunya disanjung kini tinggal dalam lembaran sejarah selepas Dewan Perlembagaan dengan hampir sebulat suara menyokong usul untuk menghapuskan pemerintahan beraja pada pengundian malam tadi.

Pihak berkuasa berkata, bendera kebangsaan akan dinaikkan sebagai pengganti bendera diraja itu.

Rakyat Nepal mengibarkan bendera parti, menari dan bernyanyi untuk meraikan kelahiran republik baru itu malam tadi.

Parti politik dan puak Mao berkata, lebih banyak sambutan dirancang hari ini. Namun cabaran besar masih menanti.

Puak Mao yang memenangi 220 daripada 601 kerusi di Dewan Perlembagaan berikutan pilihan raya bulan lepas dijangka mengetuai kerajaan baru.

Mereka bagaimanapun perlu memenuhi harapan menggunung rakyat di negara ini, antara negara paling miskin di dunia.

Beribu-ribu bekas gerila Mao masih terkurung di kem-kem mereka.

Puak Mao mahu mereka digabungkan ke dalam angkatan bersenjata negara, tetapi tentera, yang dilihat bersimpati dengan raja setakat ini, enggan menerima kemasukan gerila itu.

Semasa kempen pilihan raya, puak Mao menjanjikan tanah kepada petani miskin dan pekerjaan untuk belia menganggur.

"Puak Mao kini menghadapi cabaran besar untuk membuktikan kemampuan mereka melaksanakan demokrasi dan memenuhi mandat perubahan," kata ketua Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) bagi Nepal, Rhoderick Chalmers. - Reuters & Utusan

-------------------------------------------------------------------------------------

Raja Gyanendra tinggalkan istana hari ini

KATHMANDU 29 Mei - Raja Nepal yang digulingkan, Raja Gyanendra (gambar kecil) kini sedang berkemas dan merancang untuk meninggalkan istana esok sejajar dengan tempoh dua minggu yang diberikan kerajaan untuk beliau meninggalkan istana.

"Berdasarkan sumber kami, raja kini sedang mengemas barangan peribadinya dan akan meninggalkan istana," kata pengarang akhbar mingguan Jana Aastha, Kishore Shrestha.

"Beliau dilaporkan akan meninggalkan istana esok dan akan menuju ke kawasan memburu diraja di daerah Nagarjun atau ke sebuah lagi rumah peribadi di ibu negara, " ujar beliau.

Gyanendra juga dilaporkan tidak akan meninggalkan negara ini.

Parti Komunis Mao dikatakan tidak akan menghalang niat Gyanendra itu selagi beliau bersetuju untuk menjalani hidup sebagai rakyat biasa dan mematuhi undang-undang negara. - AFP & Utusan

-------------------------------------------------------------------------------------

Tentera hormati keputusan mansuh raja

KATHMANDU 29 Mei - Tentera Nepal yang telah dilihat sebagai penyokong setia keluarga diraja selama ini, memberitahu mereka akan menghormati keputusan pengundian bersejarah yang dilakukan Dewan Perlembagaan dalam memansuhkan pemerintahan monarki di negara ini.

"Apa yang kami fikir tidak penting, apa negara inginkan adalah lebih penting," kata Pengarah Perhubungan Awam Tentera, Brigedier Jeneral Ramindra Chhetri,

"Keputusan telah dilakukan oleh Dewan Perlembagaan dan ia terikat kepada semua pihak yang berkepentingan," ujar beliau.

Raja Gyanendra merupakan raja terakhir daripada monarki yang memerintah negara itu hampir 240 tahun sebelum Dewan Perlembagaan mengundi untuk menamatkan pemerintahan beraja semalam. - AFP & Utusan

-------------------------------------------------------------------------------------

Bendera Raja Nepal diganti berkubur

KATHMANDU: Bendera diraja diturunkan daripada istana Raja Nepal semalam, ketika negara Himalaya berkenaan meraikan hari pertamanya sebagai republik berikutan pemansuhan sistem beraja yang berusia 239 tahun.

Keputusan dicapai pada satu sidang khas April lalu menjadikan institusi diraja itu sebagai bahan sejarah dan memberi tempoh dua minggu kepada Raja Gyanendra untuk mengosongkan istana merah jambunya di Kathmandu. Istananya akan diubah suai menjadi muzium.

Pihak berkuasa berkata, bendera kebangsaan akan dinaikkan menggantikan bendera diraja.

Saya berasa begitu bangga,” kata pelajar berusia 27 tahun, Dev Raj Bhatta yang berdiri di pekarangan luar istana. “Penamatan sistem beraja menjadikan saya warga Nepal yang bangga.”

Rakyat Nepal melambaikan bendera parti yang berwarna-warni, menari, menyanyi dan meraikan kelahiran sebuah republik baru pada malam kelmarin.

Parti politik dan puak Maoists berkata, lebih banyak acara sambutan diadakan sempena detik bersejarah itu. - Reuters & Berita harian


try , Jumaat, Mei 30, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog