/

Telefon bimbit lebih bahaya daripada rokok

PARIS: Satu kajian dilakukan pakar barah terkemuka merumuskan penggunaan telefon bimbit boleh membunuh lebih ramai orang berbanding merokok atau asbestos.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengelak daripada menggunakan telefon bimbit sebaik yang boleh dan kerajaan serta industri alat telekomunikasi itu perlu mengambil ‘langkah segera’ untuk mengurangkan pendedahan kepada radiasinya.

Penyelidikan itu, yang dilakukan Profesor Vini Khurana, adalah petanda paling membimbangkan pernah disiarkan mengenai risiko kesihatan.

Ia menggariskan bukti yang semakin bertambah - secara eksklusifnya dilaporkan dalam jurnal IoS Oktober lalu, bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh menggandakan risiko barah otak.

Barah mengambil masa sekurang-kurangnya sedekad untuk berkembang, menidakkan jaminan kesihatan berdasarkan kajian terdahulu yang termasuk tidak ramai orang yang menggunakan telefon bimbit selama itu.

Awal tahun ini, kerajaan Perancis memberi amaran terhadap penggunaan telefon bimbit, terutama di kalangan kanak-kanak. Jerman turut menasihatkan rakyatnya supaya meminimumkan penggunaan telefon bimbit, dan Agensi Alam Sekitar Eropah menggesa pendedahan dikurangkan.

Profesor Khurana, pakar bedah saraf terkemuka yang memenangi 14 anugerah sejak 16 tahun lalu, menerbitkan lebih 36 kertas saintifik - menilai lebih 100 kajian mengenai kesan telefon bimbit.

Beliau meletakkan hasil pembedahan otak dalam laman web, dan kertas kerja berdasarkan penyelidikan itu kini sedang dinilai semula untuk diterbitkan dalam jurnal saintifik.

Beliau mengaku telefon bimbit boleh menyelamatkan nyawa dalam keadaan kecemasan tetapi merumuskan ‘terdapat peningkatan bukti penting bagi kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan tumor otak tertentu.’ Beliau juga percaya ia ‘akan jelas terbukti’ dalam dekad akan datang.

Menyatakan tumor otak berbahaya mewakili ‘diagnos pengakhir kehidupan’, beliau menambah: “Kita kini mengalami keadaan bahaya dan tidak diperiksa secara aktif.”

Profesor Khurana turut meluahkan kebimbangan ‘kecuali industri dan kerajaan mengambil langkah segera dan berkesan,’ kejadian tumor otak bahaya dan kadar kematian berkaitan akan meningkat di seluruh dunia dalam masa sedekad, dan pada ketika itu, sudah terlalu lewat untuk diubati. - Agensi
try , Isnin, Mac 31, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog