SHAH ALAM 21 Jan. – Seorang daripada lima penduduk di Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup banyak melanda masyarakat di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala itu menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.
‘‘Data ini bukan direka, sebaliknya ia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stres.
‘‘Jika ia dibiarkan, golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap masalah mental peringkat awal. Justeru, kementerian telah menjalankan pelbagai usaha dan kempen untuk mengurangkan gejala penyakit ini terutama membabitkan kempen pemakanan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wisma Leso Group of Companies (Leso) di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.
Abdul Latiff berkata, semua penyakit ini kebanyakannya berpunca daripada amalan pemakanan dan beliau sedar, amat sukar untuk mengubah tabiat pemakanan masyarakat zaman moden ini.
Beliau berkata, " apabila lemak banyak ditambah dengan individu berdepan masalah kewangan, peribadi atau masalah kerja, ia mempercepatkan risiko diserang tekanan perasaan atau mental,” katanya. - utusan
.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan