/

Risikan Polis Diperhebatkan Kesan Sharlinie, Kata Musa Hassan

LUMUT, 24 Jan. - Polis memperhebat lagi risikan dengan menumpukan negeri Selangor dalam usaha mengesan Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang masih belum ditemui selepas hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya dua minggu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan memperhebatkan risikan merupakan satu alternatif selepas usaha pemeriksaan dari rumah ke rumah dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak berkuasa.

"Saya telah mengarahkan agar risikan diperhebatkan dan lebih baik. Risikan tepat dan lebih baik serta maklumat boleh dipercayai yang disalurkan oleh orang ramai, InsyaAllah kita berjaya mengesannya," katanya kepada pemberita selepas melawat kompleks baru Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung yang bernilai RM53 juta di sini hari ini.

Beliau berkata polis dan anggota keluarga kanak-kanak malang berkenaan itu seolah-olah dipermainkan dengan maklumat palsu yang disalurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita menerima banyak maklumat. Banyak maklumat yang diberi seolah-olah mempermainkan kami (polis) dan keluarga mangsa. Sudahlah keluarga itu susah (dengan kehilangan Sharlinie) dan ini pula mereka yang tidak bertanggungjawab beri maklumat palsu," katanya.

Beliau percaya bahawa Sharlinie masih berada di Selangor dan usaha mengesan kanak-kanak itu terus ditingkatkan.

"Gerakan mengesan ini bukan kita buat di Selangor sahaja tetapi gerakan ini sehingga sempadan negara. Kita periksa kenderaan yang keluar masuk di sana," katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Sharlinie dibawa keluar negara melalui jalan laut beliau berkata kawasan perairan negara adalah sangat luas dan polis tidak dapat menempatkan setiap anggotanya di setiap kawasan.

"Di sini risikan dan maklumat yang disalurkan oleh orang ramai menjadi faktor terpenting untuk mengesan di manakah kanak-kanak itu," katanya.

Musa juga menyifatkan bantuan lebih 50 bomoh kepada keluarga Sharlinie juga merupakan satu usaha yang turut membantu polis mengesannya tetapi polis tidak boleh menggunakan keterangan daripada mereka.

"Tidak salah keluarga Sharlinie mendapatkan bantuan daripada sesiapa sahaja. Perkara ini (kehilangan Sharlinie) berlaku di mana tiada saksi yang nampak, jadi apa yang polis lakukan ialah mendapatkan maklumat, mesti ada orang membantu kami dalam memberikan maklumat." - (Bernama)



try , Jumaat, Januari 25, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog