2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Google Tunjuk Minat Melabur Di Malaysia

DAVOS, 24 Jan. - Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, memperlihatkan minat untuk melabur di Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Beliau berkata perbincangan selanjutnya mengenai perkara tersebut akan diadakan dengan syarikat AS itu.

Utiliti carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkenal di dunia. Sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang berkesan kos bagi pengiklan.

Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Jamaludin, yang berada di sini bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF), berkata Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia kini merupakan satu komuniti yang mengandungi hampir 2,000 syarikat dan lebih daripada 40,00 pekerja berpengetahuan.

Beliau berkata komuniti itu tidak hanya terbatas kepada Cyberjaya, hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia, malah meliputi lokasi-lokasi lain dalam kawasan liputan MSC.

Jamaludin berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) Ke-16 di Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 Mei.

Kata beliau Malaysia akan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan WCIT pada WEF di sini tahun ini kerana ia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan menjadi tuan rumah kepada acara itu.

WCIT, yang diberi nama jolokan "Olimpik ICT", dijangka menarik lebih 2,500 wakil dari lebih 80 negara.

Ia merupakan acara utama World Information Technology and Services Alliance (Witsa), sebuah konsortium 173 organisasi ICT antarabangsa yang ahli-ahlinya menguasai lebih 90 peratus pasaran ICT global.

Jamaludin berkata inovasi, tema WEF tahun ini, sentiasa menjadi saranan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu negara Malaysia terus maju dalam tempoh 50 tahun akan datang seperti mana yang dikecapinya dalam tempoh 50 tahun lalu. - Bernama


try , Jumaat, Januari 25, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog