/

Polis tahan dua orang berkaitan kes culik kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 14 Jan. - Seorang pengawal keselamatan yang raut wajahnya menyerupai fotofit suspek penculik kanak-kanak yang diedarkan oleh polis telah ditahan di sebuah bangunan terbiar di Jalan Tun Razak di sini Ahad.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi tadi di bangunan yang terletak bersebelahan bangunan Marinara, semasa dia sedang bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu, bagaimanapun meminta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Katanya tangkapan itu dibuat sebagai salah satu prosedur biasa polis apabila mendapat sesuatu laporan atau maklumat.

"Polis akan menyiasat kesahihan laporan yang diterima dan akan mencari buktibukti sekiranya ada, sebelum tindakan selanjutnya diambil. Ini adalah sebahagian Ops Sunti yang dilancarkan oleh Bukit Aman pada tahun lepas," katanya.

Lelaki itu yang dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan tersebut sejak setahun yang lalu, dibawa dengan menaiki sebuah kereta kirakira 12 tengah hari ke tempat dia bertugas.

Dia yang mempunyai tiga orang anak lelaki dilihat memakai kemeja T berwarna hitam dengan tangannya digari ke belakang serta mukanya ditutup dengan kain.

Turut berada di bangunan itu ialah sepasukan unit forensik.

Setelah berada di situ selama satu jam setengah, polis membawa keluar lelaki tersebut daripada bangunan itu.

Sementara itu polis Bukit Aman malam semalam turut menahan seorang lelaki di Chow Kit di sini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penculikan kanak-kanak.

Sementara itu pada pukul 3.40 petang tadi, polis membawa pula lima orang kanakkanak perempuan yang dipercayai merupakan mangsa beberapa siri kes culik dan cabul di Kampung Baru tahun lepas, untuk membantu siasatan.

Kelima-lima mereka dibawa menaiki dua buah van polis dan dilihat keluar dari bangunan terbabit kirakira 20 minit selepas itu.

Pihak media dihalang daripada merakam wajah kanakkanak tersebut oleh saudara terdekat mereka yang turut sama berada di tempat tersebut.

Difahamkan mereka dibawa ke situ untuk membuat pengecaman sama ada suspek yang pernah menculik mereka pernah membawa mereka ke bangunan itu, dan mereka juga dikatakan akan dibawa untuk membuat kawad cam ke atas pengawal keselamatan yang ditahan itu.

Bernama difahamkan terdapat sebuah bilik dalam bangunan itu yang dibersihkan oleh lelaki berkenaan untuk dijadikan tempat tidur dengan dilengkapi sebuah almari, televisyen dan tilam, serta terdapat juga sebuah bilik air.

Turut ditemui di situ ialah sebuah motosikal berwarna hitam dipercayai milik lelaki berkenaan.

Lelaki itu dikatakan sering membawa anak-anaknya tinggal di bilik tersebut. Bagaimanapun persekitaran bangunan itu penuh dengan semak samun dan kotor kerana tidak diselenggara oleh pemilik bangunan itu.

Sementara itu seorang kenalan kepada lelaki itu ketika ditemui berkata: "Amir (nama panggilan lelaki yang ditahan) sering bekerja syif malam dan sudah setahun dia kerja di situ.

"Bangunan itu telah terbiar begitu sahaja sejak lebih tiga tahun yang lalu. Pengawal keselamatan yang bekerja di sini akan pastikan tiada orang yang ceroboh bangunan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu Pengarah Sal Group, Abd Latif Ghani menafikan bahawa bangunan berkenaan milik syarikat kumpulan itu seperti yang dilaporkan oleh media. - Bernama
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Januari 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog