2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pembuli siber ancam pengguna internet

takboleKUALA LUMPUR: Sejumlah 46 peratus atau hampir enam juta daripada kira-kira 13 juta pengguna internet di Malaysia terdedah kepada ancaman dan serangan pembuli siber kerana terlalu banyak mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman web.

Sebahagian besar daripada angka itu membabitkan kanak-kanak dan remaja, kumpulan yang disifatkan paling berisiko menghadapi ancaman pembuli siber berbanding golongan dewasa yang lebih matang.

Buli siber ialah sebarang bentuk ancaman dan serangan yang boleh dikenakan terhadap seseorang pengguna internet melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut.

Ia boleh dilakukan menerusi internet seperti menyebarkan khabar angin, menghantar imej yang mengaibkan secara berterusan atau dengan mengekori, mengancam atau memeras ugut seseorang individu menggunakan maklumat yang diperoleh daripada zon siber.

Pengurus Pemasaran Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Asia Selatan, Effendy Ibrahim, berkata pengguna internet yang selalu berkongsi maklumat dengan rakan sering tidak menyedari risiko ancaman pembuli siber setiap kali mereka berbuat demikian.

Katanya, tindakan mereka mendedahkan maklumat peribadi yang ada kalanya sulit, sama ada melalui internet, laman web sendiri atau blog, boleh digunakan pihak tertentu sebagai bahan dan alat untuk membuli serta mengancam mereka.

Memang kecanggihan teknologi maklumat (IT) memberi remaja dan kanak-kanak banyak pilihan untuk berhubung, bergaul serta berkomunikasi, tetapi ia boleh mengundang masalah apabila wujud pihak yang mahu mengambil kesempatan menganiaya mereka.

Buli atau ancaman siber ini boleh dilakukan sesiapa saja, termasuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Jadi, pengguna internet khususnya kanak-kanak perlu berhati-hati apabila mendedahkan maklumat peribadi masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pengguna internet di negara ini berjumlah 12.9 juta sehingga September 2007. Daripada jumlah itu, 11.7 juta melanggan secara ‘dial-up’, manakala 1.2 juta lagi menggunakan khidmat jalur lebar.

Sejumlah 46 peratus daripada mereka sering melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace, Xanga, atau Facebook dan kebanyakannya seronok menghantar serta berkongsi profil peribadi selain gambar tanpa menyedari maklumat itu boleh dipintas dan direkod pihak tertentu.

Effendy berkata, walaupun buli dan ancaman siber mungkin sesuatu yang baru dan tidak banyak dilaporkan di negara ini berbanding negara maju, beliau percaya ada yang sudah menjadi mangsanya dan perkara itu perlu dibendung.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak mereka dengan mengambil tahu laman web yang dilayari serta memastikan mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk memberikan alamat rumah, nombor telefon kepada rakan internet.

Ancaman dan buli siber boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak kerana sesuatu maklumat yang sepatutnya bersifat peribadi boleh disebarkan secara meluas dalam tempoh singkat sehingga mengakibatkan mereka mengalami trauma.

“Sebagai contoh, sekeping gambar memalukan yang diterima melalui internet atau telefon bimbit boleh dihantar kepada berpuluh-puluh rakan sekolah seseorang murid dalam mangsa singkat sehingga mengakibatkan pemiliknya tertekan.

Perbuatan ini yang mungkin bermotifkan buli, peras ugut, atau ancaman boleh dilakukan dengan mudah menerusi internet atau telefon bimbit dan ia sebenarnya satu jenayah kejam kerana menzalimi dan menganiayai kanak-kanak,” katanya.

Mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang bersifat lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam serta serangan dengan niat mengancam atau mengacau, ialah satu kesalahan dan mereka yang sabit kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000. - Oleh Mohd Azis Ngah (BH)

.



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Januari 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog