2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Jalan kaki elak kanser kolon

NEW YORK: Satu kajian baru secara menyeluruh mengesahkan bahawa aktiviti fizikal mengurangkan risiko mendapat kanser kolon.

Dengan hanya berjalan kaki selama sejam seminggu dianggap mampu melindungi diri daripada penyakit itu, lebih banyak senaman berat dilakukan wanita, lebih rendah risiko yang ditanggungnya, kata Dr Kathleen Y Wolin dari Sekolah Perubatan Universiti Washington di St Louis dan kumpulannya.

Penemuan kami mencadangkan bahawa penyertaan aktiviti kurang mendalam mungkin mencukupi bagi mengurangkan risiko walaupun aktiviti lebih bertenaga memberi kesan yang sama atau mungkin tambahan pengurangan risiko,” tulis mereka dalam Jurnal Kanser Antarabangsa.

Kajian menunjukkan senaman mengurangkan risiko kanser kolon didapati ‘konsisten dan meyakinkan,” kata Wolin dan kumpulannya tetapi persoalan masih belum terjawab mengenai tahap mendalamnya senaman yang diperlukan untuk mengurangkan risiko itu.

Untuk mengesahkannya, mereka mengikuti 79,295 wanita berusia 40 hingga 65 tahun selama 16 tahun yang mana pada masa itu seramai 547 mendapat kanser kolon. Semua mereka mengambil bahagian dalam Kajian Kesihatan Jururawat. Wanita yang berjalan kaki selama satu hingga 1.9 jam seminggu adalah 31 peratus kurang mendapat kanser kolon berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti itu sama sekali, temui penyelidik itu.

Sementara wanita yang melakukan senaman sederhana atau berat lebih empat jam seminggu didapati 44 peratus risiko lebih rendah mendapat kanser sama berbanding mereka yang bersenam kurang sejam seminggu.

Tiada kaitan antara bersenam dalam tempoh panjang dan risiko kanser kolon tetapi penyelidik mendapati jumlah mereka yang bersenam dalam tempoh panjang mungkin agak kecil untuk dikaitkan.

Mereka membuat kesimpulan: “Aktiviti fizikal mengikut masa lapang perlu digalakkan bagi semua dewasa untuk manfaat kesihatan termasuk pencegahan kanser kolon.” -REUTERS



Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, Januari 24, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog