BAHAYA: Antara permainan kanak-kanak didakwa mengandungi plumbum berlebihan yang boleh merosakkan otak dan menjejaskan proses tumbesaran.
PETALING JAYA: Sebahagian besar alat permainan kanak-kanak di pasaran negara ini didakwa mengandungi plumbum berbahaya yang boleh merosakkan otak dan menjejaskan proses tumbesaran.
Dakwaan itu dibuat Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (PPSM) berdasarkan hasil kajian ke atas 24 jenis permainan kanak-kanak, antaranya kereta lumba, set alat kecantikan dan set minuman teh yang mudah diperoleh di pasar raya serta pasar malam.
Hasil ujian PPSM terhadap warna yang digunakan pada alat permainan itu, mendapati kandungan plumbumnya antara 0.7 hingga 0.9 peratus.
Pengarah PPSM, Ratna Devi, berkata mengikut piawaian Jabatan Piawaian Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, plumbum yang dibenarkan dicampur dalam sesuatu bahan termasuk pada warna, tidak boleh melebihi 0.009 peratus.
"Bagaimanapun, piawaian itu bukan satu peraturan wajib," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga pernah merangka draf peraturan keselamatan permainan kanak-kanak, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan.
Sehubungan itu, beliau meminta kementerian berkenaan memberi perhatian serius terhadap kemasukan dan penjualan pelbagai jenis permainan itu kerana bimbang ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun.
Kajian persatuan itu mendapati hampir 90 peratus permainan kanak-kanak dalam pasaran yang kebanyakannya diimport dari China, Indonesia, selain dikeluarkan dalam negara, mempunyai campuran plumbum yang tinggi.
Bagaimanapun, katanya, ramai ibu bapa tidak sedar permainan itu mempunyai campuran bahan yang sensitif kepada kanak-kanak dan bayi.
"Plumbum yang disentuh, dihidu atau dimasukkan dalam mulut, boleh menjejaskan pembesaran kanak-kanak dan menjejaskan kecerdasan otak, bergantung selama mana kanak-kanak berkenaan terdedah dengan permainan itu.
"Ini bermakna kanak-kanak yang terdedah boleh mengalami kelembapan berfikir, sekali gus menjejaskan pembelajaran," katanya
Beliau berkata, pihaknya akan menghubungi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan plumbum ke atas manusia.
"Kita amat mengambil berat terhadap keselamatan permainan kanak-kanak dan berharap peraturan itu dapat dilaksanakan kerana jika tiada peraturan wajib, amat sukar untuk menghalang kemasukan permainan itu secara bebas," katanya.
INFO
Mainan kanak-kanak
- 90 peratus permainan kanak-kanak dalam pasaran yang diimport dari China, Indonesia, selain dikeluarkan dalam negara, mempunyai campuran plumbum yang tinggi.
- Plumbum berbahaya boleh merosakkan otak dan menjejaskan proses tumbesaran.
- Dakwaan dibuat berdasarkan kajian Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (PPSM) ke atas 24 jenis permainan yang mudah diperoleh di pasar raya serta pasar malam.
- Plumbum yang dibenarkan dicampur dalam sesuatu bahan termasuk pada warna, tidak boleh melebihi 0.009 peratus.
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah merangka draf peraturan keselamatan permainan kanak-kanak, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Khamis, November 01, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Mainan bahaya rencat otak kanak-kanak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "