2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Anwar tulis buku pengalaman di penjara

Oleh FATHI ARIS OMAR

PETALING JAYA: Selain berdepan dengan isu klip video kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang sibuk menyiapkan buku tentang pengalaman hidupnya sewaktu dipenjarakan di Sungai Buloh selama enam tahun.

Berbeza daripada bukunya dua tahun lepas Warkah Anwar: Surat-surat dari Penjara 1998-2004, buku baru ini memuatkan rakaman kehidupan peribadinya dari masa beliau dimasukkan ke situ pada 1998 sehingga dibebaskan penghujung 2004.

Buku ini merakamkan kehidupan harian Anwar, berbeza buku dulu yang merupakan catatannya yang diseludup keluar untuk diterbitkan di media milik parti pembangkang, kata sumber-sumber yang dekat dengan projek buku itu kepada mStar Online.

Selain dakwaan konspirasi politik, ketegangan beliau dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pergelutan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan usaha-usaha membebaskannya, Anwar juga menyentuh isu-isu kecil seperti kebersihan tilam, masalah tikus, ragam kehidupan peribadi pegawai penjara, masalah peribadi banduan dan cara memberus gigi dengan betul.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga merakamkan skandal pegawai Bank Negara dalam pertukaran mata wang, gelagat "keanak-anakan" beberapa pemimpin Umno yang menyusahkannya menjelang kejatuhannya pada September 1998 dan perasaannya apabila kehilangan orang-orang kesayangan, termasuk ibunya Che Yan Hamid pada 2001.

Beliau juga memuatkan istilah-istilah khas yang digunakan di kalangan banduan, lagu-lagu lama yang selalu dinyanyikannya, kisah pegawai penjara putus tunang dan seorang banduan yang menghidap HIV yang meminta berus gigi daripadanya, tiba-tiba kemudian meninggal dunia akibat luka di bahagian mulut.

Menurut Anwar, kata penyusun buku tersebut, istilah "basah" bermaksud ditangkap apabila melanggar peraturan penjara, "petik" bermakna membocorkan rahsia kepada pegawai, "habuk" (rokok), "air panas" (apabila penjara mengesan usaha penyeludupan) dan "padam" (mati).

Katanya lagi, Anwar menulis tentang gelagat pegawai-pegawai penjara yang memantaunya di dalam sel sewaktu beliau sedang membaca buku dan menulis.

"Ada pegawai tertentu berdiri di belakang Anwar sewaktu dia baca buku, baca al-Qur'an dan menulis. Anwar tegur supaya dia tidak mengganggunya tetapi dijawab pegawai itu, 'ini memang kerja saya'," katanya, yang enggan dikenali.

Penasihat PKR itu juga merungut tentang banyaknya tikus di penjara, sambil mengenangkan kempen mengawal tikus sewaktu beliau sebagai Menteri Pertanian pertengahan 1980-an. "Dia tidak sangka, masalah tikus ini masih tidak selesai-selesai," kata penyusun.

Anwar turut merakamkan kesulitan birokrasi untuk melawat ibunya yang sedang tenat walaupun mereka dirawat di hospital yang sama. "Anwar menulis, beliau sempat menyanyikan lagu 'Ibu' seperti dendangan P. Ramlee di sisi ibunya tidak lama sebelum allahyarham menghembuskan nafas terakhir," katanya lagi.

Pergeseran beliau dengan Dr Mahathir yang berakhir pada 2 September itu turut menjadi bahan catatan Anwar. Menurut penyusunnya, "Anwar jarang bercakap dengan perinci isu tersebut dan tidak ramai yang mengetahuinya."

Sumber itu bagaimanapun enggan menceritakan catatan Anwar tersebut.

Anwar mendapat pengajaran bahawa, sumber itu berkata, penjara bukanlah tempat untuk memulihkan penjenayah. "Baginya, penjara bukan tempat mengajar seseorang menjadi baik. Banduan yang bersalah mencuri motosikal, bila keluar menjadi pengedar dadah," jelas penyusun.

Buku ini dihasilkan daripada catatan hariannya di buku-buku dan helaian-helaian kertas, termasuk sewaktu dirawat di hospital ketika mengalami masalah sakit belakang.

Menurut sumber-sumber, catatan tangan Anwar itu setebal "hampir satu kaki" apabila ditaip semula di sebelah halaman kertas A4.

Bagaimanapun buku itu, yang belum diberikan judulnya, dirancang diterbitkan setebal hanya lebih kurang 300 muka surat.

Sumber-sumber itu enggan mendedahkan bila buku itu akan diterbitkan dan sejauh mana projek penulisan itu telah berjaya disiapkan.

Buku ini dirancang untuk diterjemahkan kepada beberapa bahasa. - mStar




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, November 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog