/

50 peratus percaya saka punca sakit mental

KUALA LUMPUR: Hampir 50 peratus warga Malaysia masih percaya masalah mental yang dihidapi keluarga masing-masing disebabkan gangguan makhluk halus seperti saka, hantu dan perbuatan sihir selain mengaitkannya dengan kelemahan otak individu.

Ia menyebabkan rawatan awal dan terbaru masalah mental tidak dapat diberikan kepada pesakit sebaliknya mereka kerap dirujuk kepada bomoh dan dukun, kata Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia, Prof Dr Hussain Habil.

Beliau berkata, satu daripada 10 orang di Malaysia mengalami masalah mental, manakala secara umum di seluruh dunia 420 juta orang mempunyai masalah mental dengan 120 juta menghadapi kemurungan manakala 24 juta lagi berhadapan dengan skizofrenia.

Bagaimanapun, masalah mental di Malaysia tidak dilihat sebagai penyakit sebaliknya dikaitkan dengan gangguan saka dan hantu. Keadaan ini menyebabkan pesakit mental selalu dirujuk kepada bomoh atau dukun hingga menelan belanja beribu-ribu ringgit sedangkan rawatan sebetulnya boleh diperoleh di hospital dengan harga yang jauh lebih murah.

Penerimaan masyarakat terhadap pesakit mental tidak bagus dan mereka sentiasa menafikan kewujudan pesakit ini. Kerana itu keluarga akan cuba mendapatkan rawatan bomoh atau dukun hingga keadaan pesakit menjadi sangat teruk sebelum datang bertemu pakar psikiatri,

Prof Hussain berkata, ada kalanya pesakit hanya mengalami masalah kecil seperti ‘anxiety disorder’ (otak tidak boleh mengawal sistem tubuh dengan seimbang menjadikan dada selalu berdebar-debar).

Bagaimanapun katanya, doktor perubatan biasa kerap memberi diagnosis tidak tepat dan mengatakan pesakit sihat selain tidak ada masalah kesihatan. Keadaan ini menyebabkan pesakit cuba mendapatkan rawatan alternatif seperti dukun dan bomoh.

Warga Malaysia juga katanya sering keliru dengan istilah masalah mental hingga beranggapan golongan pesalah laku seksual juga sebagai pesakit mental.

Pesalah seksual bukan pesakit mental. Mereka berhadapan dengan masalah personaliti antisosial dan tidak boleh dikaitkan sebagai pesakit mental,” katanya. - Berita Mingguan



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, November 12, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog