2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Wanita sesuai hamil lewat

Kedudukan kewangan lebih kukuh, hubungan stabil faktor utama

LONDON: Wanita yang memiliki anak pada usia lewat mampu menjadi ibu yang lebih baik kerana mempunyai kedudukan kewangan lebih kukuh dan hubungan lebih stabil berbanding wanita muda, menurut satu kajian.

Laporan akhbar Daily Mail juga menyebut, golongan ibu pada usia lewat juga gembira melepaskan kerjaya mereka kerana sudah banyak mencapai matlamat kerjaya. Mereka juga cenderung untuk menikmati kesihatan lebih baik dan panjang umur.

Hasil kajian, yang dimuatkan dalam buku oleh Profesor Elizabeth Gregory, akan disambut baik oleh semakin ramai wanita yang memilih untuk memulakan keluarga sehingga mereka berusia 30-an.

Purata usia wanita Britain melahirkan anak semakin meningkat kepada 29 tahun, manakala ada peningkatan mendadak dalam bilangan wanita yang memilih memulakan keluarga pada usia lewat 30-an dan awal 40-an.

Lebih 22,000 wanita berusia lebih 40 tahun melahirkan anak tahun lalu, satu perempat daripada mereka memiliki anak buat kali pertama dan 10 kali lebih ramai wanita memiliki anak pertama antara usia 35 dan 39 tahun pada hari ini berbanding pada 1975, dengan 13 kali lebih ramai antara usia 40 dan 44 tahun.

Aliran itu disemarakkan dengan ibu berprofil tinggi seperti pelakon Jennifer Lopez, yang hamil pada usia 38 tahun, pelakon Halle Berry, yang hamil pada usia 41 dan bintang Desperate Housewives, Marcia Cross yang melahirkan anak kembar pada usia 44 tahun.

Profesor Gregory, yang juga pengarah pengajian wanita di Universiti Houston berkata: "Saya mendapati bilangan tinggi dan pelbagai alasan mengapa apa yang saya gelar 'ibu lewat' adalah tepat untuk melewatkan memulakan keluarga."

"Satunya, mereka mempunyai fokus keluarga lebih kuat berbanding cuba menyeimbangkan keutamaan kerana sudah mencapai banyak matlamat peribadi dan karier. Kedudukan kewangan juga kukuh kerana ibu lewat ini sudah maju dalam karier dan mendapat gaji tinggi."

Dia berkata, golongan berkenaan juga sudah mempunyai lebih banyak pengalaman kerjaya dan skil pengurusan yang selalu diterjemahkan secara langsung ke dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak.

Bukan kerana golongan itu lebih berkemungkinan akan berkahwin, mereka juga cenderung mempunyai rangkaian rakan karib lebih kuat, katanya.

Pakar mengenai isu itu dari Universiti Texas di Austin, Profesor John Mirowsky, percaya usia paling sesuai melahirkan anak untuk memaksimumkan kesihatan dan usia panjang ialah antara 34 dan 40 tahun.

"Ketika wanita muda lebih subur dan cergas dari segi biologi, ibu berusia cenderung lebih matang dan kurang terbabit dalam tingkah laku berisiko dan mereka lebih terurus dari segi pendidikan, kewangan dan emosi," katanya. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog