Kajian itu menunjukkan Toyota mendahului kedudukan dan penanda aras dalam empat daripada enam faktor, berasaskan kepada proses penyerahan, masa penyerahan, jurujual, kemudahan pengedar, kertas kerja dan janji niaga.
Nissan dan Inokom menyusuli Toyota dalam senarai kedudukan itu, dengan Nissan berprestasi baik dalam proses penyerahan, kata firma perkhidmatan maklumat pemasaran global J.D. Power dalam satu kenyataan dari Singapura.
Kajian itu, yang kini dalam tahun kelima, mengkaji kepuasan pembeli kenderaan baru dengan pengalaman jualan dan penyerahan.
Ia berdasarkan kepada jawapan daripada lebih 3,000 pemilik 60 model kenderaan berbeza yang memilikinya pada dua hingga enam bulan, kata J.D. Power.
Kepuasan jualan mencecah paras tertinggi pada 2007 dengan 772 mata indeks di atas skala 1,000 mata, yang merupakan peningkatan sebanyak 20 mata daripada tahun lepas, kata firma itu.
Peningkatan dalam kepuasan keseluruhan dalam segmen nasional, yang termasuk Inokom, Naza, Perodua dan Proton, adalah lebih besar daripada dalam segmen bukan nasional, tambahnya.
Kajian itu mendapati bahawa penyerahan kenderaan seperti dijanjikan dan pada masa yang sesuai adalah penting kepada kepuasan pelanggan.
"Menunaikan janji kepada pelanggan berhubung dengan penyerahan kenderaan adalah amat penting. Di samping itu, menjadualkan penyerahan kenderaan pada masa yang selesa bagi para pelanggan boleh meningkatkan kepuasan pelanggan," kata Endina Widartama, pengurus negara di pejabat J.D. Power and Associates di Singapura.
Kajian itu juga mendapati bahawa sembilan dalam 10 pembeli kenderaan baru Malaysia memperoleh pinjaman untuk membiayai kenderaan baru mereka, dan kepuasan pelanggan turun dengan ketara apabila jurujual menawarkan pinjaman hanya selepas pelanggan menanyakannya.
"Walaupun terdapat syarat yang ketat yang mesti dipenuhi oleh pelanggan untuk diluluskan bagi pinjaman pembelian kenderaan, peratusan pembeli kenderaan baru di Malaysia yang mengambil pinjaman adalah agak tinggi daripada di negara lain di rantau ini," kata Widartama.
Kajian itu juga mendapati bahawa memuaskan hati pelanggan dengan melebihi jangkaan mereka dengan proses jualan kekal penting dalam meningkatkan kesetiaan dan sokongan pelanggan. - Bernama
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Oktober 31, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Toyota Di Kedudukan Teratas Dalam Kajian Kepuasan Jualan Di Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "