Stadium bernilai US$20 juta itu direka menyerupai bentuk sebuah komputer riba dengan keluasan kawasan meliputi 200,000 meter persegi.
Pengarah Teknikal Qatar Football Association (QFA), Dr Athanasios Batsilas berkata stadium baru itu dijangka siap pada tahun 2009 dan mula digunakan pada tahun 2010.
"Anda tidak akan dapat lihat sebarang menara lampu sekitar stadium baru ini, ia adalah bahagian yang cukup unik dalam projek hebat ini. Kita akan adakan lampu bersepadu di dalam stadium yang boleh memuatkan antara 10,000 dan 11,000 penonton itu," kata beliau yang dipetik oleh sebuah akhbar tempatan The Peninsula.
"Kita akan miliki teknologi audio dan video terkini di dalam stadium untuk kemudahan pemain, pegawai dan peminat. Orang ramai pula akan memiliki akses lebih mudah ke stadium itu menerusi tujuh jalan yang menghala ke arah tempat letak kereta bawah tanah," tambahnya.
Doha, tuan rumah Sukan Asia ke-15 Disember lepas kini memiliki kemudahan sukan tertutup yang terbesar iaitu Aspire Dome yang merupakan sebahagian daripada 240ha Aspire Zone seluas 240hektar yang dikenali sebagai Doha Sports City semasa temasya sukan itu berlangsung.
Julai lepas Persekutuan Bola Sepak Asia memberikan hak kepada Qatar untuk menjadi tuan rumah kepada Piala Asia 2011, menjadikan negara teluk itu sebagai negara kedua selepas Iran menjadi tuan rumah kejohanan itu bagi kali kedua.
Kali pertama Qatar menjadi tuan rumah Piala Asia ialah pada tahun 1988.
Kemunculan stadium baru itu mula mencetuskan pelbagai khabar angin tentang pembidaan untuk menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Fifa 2018, semasa Doha sedang gigih menjayakan kempen "Doha 2016" untuk mendapatkan hak penganjuran Sukan Olimpik 2016 dan Paralimpik. - Bernama
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, Oktober 26, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Qatar Bina US$20 Juta Stadium Bawah Tanah Untuk Piala Asia 2011 silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "