/

PPIM :: SERBUAN KE KEDAI BAKE WITH YEN YANG MENIPU PENGGUNA

bake-with-yen-web.1.jpg

Pada 9/10/2007 kira-kira jam 11.00 pagi, Unit Tindakan Khas PPIM bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, telah menyerbu Syarikat Baked With Yen yang menjual barang-barang yang telah tamat tarikh luput dan berulat. Syarikat ini juga tidak mementingkan kebersihan dan menipu pengguna dengan menggantikan tarikh tamat tempoh tersebut dengan tarikh yang baru.

PPIM sangat kesal dengan syarikat terbabit yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan pada musim perayaan ini dengan mengaut keuntungan tanpa mempedulikan hak dan maruah pengguna. PPIM menasihati supaya berhati-hati semasa membeli dan memboikot syarikat tersebut di atas sifat tidak menghormati pengguna serta mementingkan keuntungan semata-mata.

Berikut adalah antara outlet dan cawangan syarikat tersebut-Pengguna disarankan agar berhati-hati menjelang musim perayaan ini. :

1) Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2692 7623 Fax: 03 – 2694 5668

2) 6, Jalan SS 24 / 13
47301 Petaling Jaya
Tel: 03 – 7804 9361

3) TS123 – TS125, Pasar Besar
TTDI 60000 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 7727 6073

4) Bake with Me Sdn Bhd
28, Lorong Lintas Plaza 3 Luyang,
88300 Kota Kinabalu Sabah
Tel: 088 – 231 028 Fax: 088 – 235 053

5)13, Putatan Point
88200 Putatan, Kota Kinabalu Sabah
Tel: 088 – 771 028

6) Yen Bakery Supply Enterprise
19, Jalan Maju 3/3 Taman Lembah Maju Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 41461510

7) Tan Joo Hai Sdn Bhd
252, Jalan IpohBatu 17, 48000 Rawang Selangor
Tel: 03 – 6092 5585

8) Bakemate Enterprise11, Jalan Tun Ismail 25000 Kuantan Pahang
Tel: 09 – 515 7368

9) De’ Manis Enterprise82, Jalan Badminton 13/29
40100 Shah AlamSelangor Darul Ehsan
Tel: 03 – 5519 8318


Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Syarikat Bake With Yen Yang Didapati Menindas Serta Menipu Pengguna


Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) telah mendapat aduan dari salah seorang pekerja kilang tersebut yang mendakwa berlaku penipuan dari pengurusan terbabit yang menjual barangan yang berulat serta produk yang telah tamat tarikh luput. PPIM tidak dapat berkompromi berhubung isu ini apatah lagi syarikat ini merupakan antara pengedar terbesar barangan bagi membuat kuih raya khususnya yang digunakan oleh masyarakat pengguna Islam bagi membuat kuih raya di musim perayaan Aidilfitri ini.

Tindakan syarikat ini amat dikecam dan perlu diboikot kerana mana – mana pengusaha yang tidak menghormati hak pengguna di negara ini perlu ‘diajar’ agar lebih menghormati pengguna. Syarikat ini juga dikenalpasti membekalkan produk mereka ke hotel – hotel serta premis makanan yang lain.

PPIM memandang serius isu ini kerana syarikat ini tidak menghormati pengguna dan membahayakan kesihatan pengguna serta menjejaskan nama baik industri makanan Malaysia. Pihak kami juga difahamkan penipuan ini telah berlaku selama 4 tahun oleh pengadu.

Isu seperti ini perlu diberi perhatian segera oleh pihak kementerian kerana ia membabitkan kepentingan pengguna yang jelas teraniaya atas sifat tidak bertanggungjawab pengusaha terbabit.

Perkara ini juga berlaku disebabkan aspek monopoli di dalam industri terbabit yang mengakibatkan pengusaha mengabaikan aspek kepenggunaan berhemah kepada masyarakat pengguna khususnya kepada masyarakat pengguna Islam.

Regulasi mewajibkan produk seperti ini mendapatkan pengiktirafan halal JAKIM perlu disegerakan kerana jelas syarikat tersebut tidak mematuhi perkara asas dalam aspek kebersihan dan status halal produk berkaitan keluaran syarikat ini juga boleh diragui.




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 10, 2007 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. gantung lesen perniagaan mereka, mempermain-mainkan kesihatan orang ramai!!

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog