2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Misteri menara WTC roboh makin kusut

Serangan 11 September disah tidak mampu musnah seluruh bangunan

WASHINGTON: Misteri di sebalik kejadian 11 September 2001 bertambah selepas pihak Institut Standard dan Teknologi Kebangsaan Amerika Syarikat (NIST) mengakui tidak dapat menjelaskan punca runtuhan menyeluruh bangunan menara berkembar World Trade Center (WTC).

Kenyataannya itu sekali gus mengakui penggunaan bahan letupan atau letupan yang dikawal adalah satu-satunya cara yang boleh menyebabkan bangunan itu roboh secara serentak sedemikian.

Media tempatan melaporkan, dalam surat kepada keluarga mangsa, wakil NIST, Bill Doyle dan Bob McIlvaine berkata: "Kami tidak dapat memberikan penjelasan penuh mengenai runtuhan itu."

Kajian saintifik setebal 10,000 muka surat hanya mengemukakan teori bangunan itu runtuh tetapi gagal menjelaskan bagaimana struktur WTC dapat roboh pada kelajuan sedemikian yang disifatkan bercanggah dengan peraturan fizik.

Kajian NIST pula mengesahkan tiada satu pun rangka atau galang besi di kedua-dua menara itu mencecah suhu melebihi 500 darjah Fahrenheit. Suhu yang boleh menyebabkan besi menjadi lemah adalah 1,000 darjah manakala tahap kecairannya pula 1,500 darjah.

"Laporan NIST gagal menjelaskan apa digelarnya "proses awal runtuhan" iaitu kehilangan beberapa lantai dan sokongan penting bangunan," kata Kevin Barrett daripada kumpulan of Scholars for 9/11 Truth.

"Bagi menghidupkan senario tidak munasabah itu, NIST terpaksa mengabaikan pemeriksaannya sendiri yang menunjukkan tiada satu pun galang besi itu mencatat suhu panas melebihi 500 darjah Fahrenheit. Ia terpaksa mengakui pesawat yang merempuh bangunan Menara Selatan itu membabitkan bahagian lebih besar berbanding pesawat yang melanggar Menara Utara.

"NIST terpaksa mengetepikan pengukur yang menunjukkan bukti kejadian pembunuhan itu dan mendakwa besi berkenaan lebih lemah daripada sepatutnya, api lebih panas dan besi berkenaan membengkok lebih daripada sepatutnya," katanya. - Agensi



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Oktober 19, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog