Bila dah tua, buluh akan jadi keras tu pasal kita tak pernah jumpa lemang bengkok kan? Sebab buluh yang digunakan untuk masak lemang selalunya lurus. Begitulah halnya hati kita, jika tidak diasuh semasa masih muda, maka dia akan keras dengan sendirinya. Bila dah keras macam ni aaa .
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibu bapanya supaya menunaikan segala perintah Allah SWT terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu solatlah jemaah bersama-sama, dengan cara ni anak-anak akan kenal masa mana perlu solat. Sekalipun dia kecik, sekurang2nya dia tahu parents dia nak solat. Ajar dia jangan lintas depan orang solat. Kalau dia nampak dah pandai untuk ikut-ikut, boleh la bentangkan sejadah untuk dia. Bagi anak lelaki pakai kopiah dan anak perempuan bagi telekung. Bila dah sentiasa diamalkan akan jadi tabiat yang baik
Berpuasa di bulan Ramadhan - ajak dia sahur, ajak dia berbuka bersama. Terangkan dengan bahasa yang mudah difahami tentang kelebihannya berpuasa. Saya pernah tunjukkan anak saya gambar orang yang nampak macam kelaparan kat dalam paper. Kemudian saya cerita kata tu pasal kita puasa. Nak mengenang orang lain yang lebih susah dari kita. Tapi anak saya sangat sentimental, berulangkali dia kata kesian.
Menutup aurat - sekang ni budak dalam pantang pun dah ada saiz tudung dia. Saya pernah jumpa pun punya la cute. Anak saya takla seawal tu. Untuk anak saya, saya selaul carikan seluar yang boleh menutup lutut dia. Anak saya pun dah kekok kalau pakai gaun tak pakai seluar panjang.
Bercakap benar - Uuu..bab ni, kalau nak cerita pasal anak sendiri, aduss memang susah he he.. Anak saya sekang dah pandai bercakap. Popet sana, popet sini, macam2 dia cakap. Dah jadi bahan ketawa kit orang. Selalu ngadu kakak dia buat yang bukan-bukan. tak pasti jugak yang mana betul dengan tidak melainkan kitorang tengok sendiri. Apapun, semua yang ada bersama selalu ingatkan jangan tipu.
Akhlak-akhlak yang terpuji anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang akan mewarnakannya. Semoga kita menggunakan warna yang sangat baik untuk anak-anak kita.
Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah SWT sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah SWT sepanjang masa.
Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : "Maka kendaklah kamu (ibu bapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan solat dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan solat tersebut)".
FirmanNya lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : "Demi sesungguhnya solat itu akan mencegah pelakunya daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar ".
Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur 10 tahun". [Riwayat Hakim]
Sabdanya lagi, Maksudnya : "Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)". [Riwayat An-Nasaei]
Saya tidaklah belajar agama sampai tinggi sangat namun saya merasakan akhlak terpuji sahajalah yang akan menyelamatkan semua dari malapetaka dunia dan siksaan di Akhirat kelak. Hidup dalam agama bukan bermakna kita taksub. Tapi, sekiranya kita dah menjadikan agama sebagai cara hidup, kita tak akan kesusahan Insya ALLAH.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Rabu, Oktober 24, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Mendidik Anak Menunaikan Perintah Allah SWT silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "