/

Lat, The Kampung Boy, Dapat Sambutan Hangat Di Washington DC

Oleh Salmy Hashim

WASHINGTON, 24 Okt, - Kartunis Malaysia, Lat, menarik tumpuan sekumpulan peminat Malaysia dan Amerika di sini pada Selasa, yang tidak puas menikmati pelukisannya mengenai cara hidup sederhana seorang budak kampung di Kampung Lalang, Kota Baru, Perak.

Datuk Mohammed Nor Khalid, yang lebih popular dengan nama Lat, dan berada di sini untuk mempromosi bukunya Kampung Boy dan Town Boy yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh First Second, syarikat penerbitan di New York, menceritakan mengenai kehidupan sederhananya semasa kanak-kanak.

Beliau bercerita mengenai gurunya yang garang yang menggunakan rotan di sekolah Inggerisnya, dan anggapan beliau ketika itu bahawa dalam seminggu itu ada sembilan hari dalam Bahasa Inggeris (termasuk yesterday (semalam) dan everyday (setiap hari), mengenai sumbangan kartunnya "Keluarga Si-Mamat" kepada Berita Minggu dan buku kartun pertamanya yang dihasilkan pada usia 13 tahun.

Pendapatan Lat daripada hasil karyanya kepada Berita Minggu ketika itu boleh disamakan dengan gaji seorang kerani, satu jumlah yang besar bagi seorang budak dan beliau tidak lupa memberikan kepada ibu bapanya sepuluh ringgit seorang setiap bulan. Bapanya yang turut suka melukis dan bermain alat muzik, menggalakkan beliau untuk meneruskan minatnya lebih 40 tahun lalu.

Buku-bukunya boleh didapatkan dalam bahasa Perancis, Jepun dan Portugis. Perbincangan sedang diadakan untuk menerbitkannya dalam bahasa Itali, Sepanyol dan Korea.

Mengenai kenapa buku-bukunya laris dalam bahasa lain, kartunis itu berkata pembaca secara semulajadinya tertarik dengan budaya dan pengalaman yang berlainan. "Bila orang melihat lukisan saya mengenai rumah yang didirikan atas tiang, mereka ingin tahu siapa yang tinggal di sana? Siapakah mereka ini?

Beliau dijemput oleh kedutaan Malaysia dan Malaysian American Society (MAS) untuk bercakap mengenai minatnya itu kepada rakyat Malaysia dan rakan mereka termasuk warga Amerika yang telah berkhidmat di Malaysia sebagai diplomat dan anggota Pasukan Khidmat Bakti serta orang lain yang mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Semasa di sini, beliau dijemput untuk berucap pada mesyuarat tahunan ke-12 International Comics Forum yang dihoskan oleh Library of Congress dan mempamerkan hasil karyanya pada pameran kesenian karikatur.

Lat dan kartunis Amerika Kevin "KAL" Kallaugher juga menyertai satu perbincangan khas panel "Iconophobia: Comics, Politics and the Power of the Image," di Gelman Library, George Washington University.

Terdahulu di New York, beliau berucap di Museum of Comic and Cartoon Art, The Jefferson Market Library, dan di sebuah sekolah di Brooklyn.

Beliau dijadual ke Pennsylvania, New Jersey dan New York mulai Rabu sebelum pulang ke Malaysia pada 29 Okt.

Lat turut menceritakan bagaimana beliau menghantar karya kartunnya kepada Majalah Filem, sebuah majalah hiburan di Singapura, di mana beliau dibayar dengan tiket wayang oleh Shaw Brothers.

"Saya masih melukis untuk dapatkan tiket," katanya tersenyum lebar sambil menjelaskan kunjungan beliau ke sini ditaja oleh Malaysia Airlines, Petronas dan kerajaan Malaysia. - Bernama



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, Oktober 25, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog