/

Bawang putih berkesan elak sakit jantung: Pakar

Allicin hasilkan sulfid hidrogen permudah aliran darah, sel

LONDON: Penyelidik berjaya membongkar misteri mengapa pengambilan bawang putih boleh membantu mengekalkan kesihatan jantung dengan penemuan allicin iaitu bahan sulfur berbau tidak menyenangkan dan menjejaskan bau nafas.

Bahan berkenaan bercampur dengan sel darah merah menghasilkan sulfid hidrogen, menenangkan saluran darah dan memastikan darah mengalir dengan mudah.

Penyelidikan sepasukan saintis dari Universiti Alabama di Birmingham itu disiarkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences.

Bagaimanapun, pakar Britain memberi amaran pengambilan makanan tambahan bawang putih membawa kesan sampingan yang tidak menyenangkan kerana sulfid hidrogen menghasilkan bau telur busuk yang digunakan untuk membuat bom busuk.

Namun pada pengambilan rendah ia memainkan peranan penting dalam membantu sel saling berkomunikasi antara satu sama lain dan di kalangan saluran darah, ia merangsang sel yang membentuk garisan supaya tenang, menyebabkan saluran mengembang.

Ia dapat mengurangkan tekanan darah, membolehkan darah membawa lebih banyak oksigen kepada organ penting dan mengurangkan tekanan pada jantung.

Penyelidik universiti menjalankan kajian dengan memandikan saluran darah tikus dalam mandian mengandungi jus bawang putih yang dihancurkan.

Ia menghasilkan keputusan memberangsangkan dengan tekanan di sekitar saluran darah berkurangan sebanyak 72 peratus.

Penyelidik juga mendapati sel darah merah yang terdedah selama seminit dengan jumlah jus yang diesktrak daripada bawang putih pasar raya segera mula memancarkan sulfid hidrogen.

Uji kaji selanjutnya menunjukkan bahawa reaksi kimia itu berlaku terutama pada permukaan sel darah.

Mereka mencadangkan bahawa penghasilan sulfid hidrogen dalam sel darah merah boleh digunakan untuk menyamaratakan amalan diet makanan tambahan bawang putih.

Ketua penyelidik, Dr David Kraus, berkata: "Penyelidikan kami menunjukkan kehadiran bawang putih dalam diet adalah sesuatu yang baik. Memang jelas di kawasan yang pengambilan bawang putih tinggi seperti di Mediterranean dan Asia Timur, kadar penyakit kardiovaskular rendah."

Jururawat kardiak di Yayasan Jantung Britain, Judy O'Sullivan, berkata kajian menarik itu menunjukkan bawang putih memberi beberapa faedah kepada kesihatan jantung.

"Namun masih tidak ada bukti kukuh untuk menyokong pengambilan bawang putih sebagai ubat dalam usaha mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari," katanya. - Agensi




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, Oktober 18, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog