/

Bush manusia paling hipokrit – Robert Mugabe

NEW YORK 27 Sept. – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menyifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush sebagai seorang yang betul-betul hipokrit kerana bersyarah kepadanya mengenai hak asasi manusia.

Mugabe juga menggambarkan kem penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba sebagai sebuah kem tahanan politik zaman Nazi Jerman.

Tangannya berlumuran dengan darah orang tidak berdosa dari banyak negara. Dia membunuh di Iraq. Dia juga membunuh di Afghanistan.

Inikah orang yang mahu dianggap sebagai guru mengenai hak asasi manusia?” soal Mugabe berapi-api pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Mugabe, 83, yang memegang kuasa sejak kemerdekaan Zimbabwe dari Britain pada 1980, berucap sehari selepas Bush membidas kerajaan-kerajaan Belarus, Syria, Iran dan Korea Utara sebagai “rejim kejam” dalam ucapan beliau pada Perhimpunan Agung itu.

Bush mengkritik kerajaan Zimbabwe pimpinan Mugabe sebagai “zalim dan melakukan serangan ke atas rakyatnya sendiri.

Itu semua hipokrasi semata-mata,” kata Mugabe mengenai ucapan Bush itu.

Menurut beliau, Bush memenjarakan dan menyeksa tahanan di penjara Abu Gharib di Iraq dan Guantanamo.

Di kem tahanan itu, undang-undang antarabangsa tidak dipakai lagi,” kata Mugabe, seorang bekas gerila Marxis yang memperjuangkan kemerdekaan dari Britain.

Beliau menuduh AS bertanggungjawab menulis semula prinsip-prinsip utama Perisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia.

Nampaknya kita semua bersalah kerana serangan 11 September,” ujar Mugabe.

Menurut beliau lagi, Bush dan sekutu kuatnya, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blairmemperkudakan” PBB apabila mereka melancarkan perang ke atas Iraq, namun Bush kini terhegeh-hegeh meminta badan dunia itu supaya meluaskan peranannya di Iraq.

Bush yang amat perkasa kini kembali ke PBB untuk mendapatkan pakej penyelamat kerana dia mengalami kekalahan di sana.

Namun dia masih berani bersyarah kepada kita mengenai kezaliman,” kata Mugabe.

Beliau turut menuduh Britain dan AS menjalankan kempen untuk memburukkan dan memporak-perandakan Zimbabwe. – Reuters



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, September 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog