SHAH ALAM: Lima, termasuk seorang wanita, diberkas bagi menyiasat kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin.
Seorang suspek wanita di dalam kereta polis sewaktu dibawa ke HKL pagi tadi. (foto The Star)
Satu pasukan polis dari Petaling Jaya dan Selangor menahan mereka, berusia antara 27 hingga 33, di beberapa lokasi di Seksyen 7 di sini menjelang tengah malam tadi.
Difahamkan seorang daripada mereka, lelaki dalam lingkungan 30-an, mempunyai rekod jenayah termasuk serangan seksual di sini dan beberapa negeri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.
"Dua kereta dan lima telefon bimit turut dirampas daripada suspek," katanya, dengan menambah tangkapan itu bagi membantu siasatan berhubung penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin, 8.
Tangkapan lima orang itu satu perkembangan baru sejak mangsa dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Wangsa Maju, Setapak pada 20 Ogos.
Polis bertungkus-lumus menyemak rekod-rekod jenayah yang melibatkan modus operandi sama bagi mengesan suspek.
Mayat Nurin ditemui di dalam beg sukan di sebuah kedai di Petaling Utama pada 17 Sept.
Bedah siasat mendapati mangsa telah mengalami penderaan seksual yang kejam.
Dua lagi suspek kes culik dan bunuh Nurin dibawa ke HKL, dipercayai untuk ujian DNA. (foto Bernama)
Sementara itu, agensi berita Bernama melaporkan kelima-lima suspek dibawa Hospital Kuala Lumpur 9.20 pagi tadi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Empat lelaki tiba dengan menaiki van putih, manakala wanita itu dibawa berasingan dengan sebuah kereta polis.
Semua lelaki memakai baju T berwarna merah jambu bertulis "Lokap Kuala Lumpur", manakala wanita itu, yang kelihatan mengandung, memakai baju kurung hitam dan bertudung putih serta tangannya tidak bergari, laporan itu dipetik.
Mereka kemudian dilaporkan keluar dari Jabatan Forensik HKL setelah dipercayai selesai menjalani ujian DNA sebelum dibawa oleh polis, dipercayai ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Jumaat, September 28, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
,
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5
Anda sedang membaca artikel tentang Bunuh Nurin: 5 termasuk wanita diberkas silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "