2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ganja, Rokok & Kopi

sebatang ganja mempunyai kesan berbahaya kepada paru-paru sama seperti jika merokok lima batang rokok,
Kombinasi meminum kopi dan kekerapan bersenam boleh membantu mengurangkan risiko kanser kulit, kata saintis Amerika Syarikat.

Ganja bahaya daripada rokok

LONDON: Sedutan hanya sebatang ganja mempunyai kesan berbahaya kepada paru-paru sama seperti jika merokok lima batang rokok, menurut penyelidikan yang diterbitkan semalam.

Penyelidik mendapati mereka yang menghisap ganja merosakkan kedua-dua saluran udara kecil di dalam paru-paru yang digunakan untuk membawa oksigen dan saluran udara lebih besar yang menghalang laluan udara.

Ia turut mendapati, mereka yang menghisap ganja mengadu pernafasan tersekat, batuk dan sesak dada, kata kajian ditemui pakar di Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand.

Penyelidikan itu menguji 339 orang – mereka yang hanya merokok ganja, merokok tembakau, mereka yang mengambil kedua-duanya dan bukan perokok.

Ketika kajian itu menemui hanya mereka yang merokok tembakau mendapat penyakit kecacatan paru-paru dikenali emfisema atau udara dalam tisu, penggunaan ganja pula menjejaskan paru-paru daripada berfungsi dengan betul.

Tahap kerosakan berkait secara terus dengan jumlah ganja yang diambil, dengan pengambilan dos besar dikaitkan dengan kerosakan lebih besar,” kata penulis laporan yang diterbitkan dalam Jurnal Thorax.

Kesan kepada paru-paru bagi setiap ganja yang diambil bersamaan dengan merokok antara 2.5 dan lima batang rokok sekali gus.”

Pendedahan penemuan itu tidak sampai seminggu selepas penyelidik Britain berkata, penggunaan ganja meningkatkan risiko mendapat penyakit psikotik seperti skizofrenia atau gila.

Kerajaan Britain pada masa ini memikirkan sama ada ganja perlu diklasifikasikan semula sebagai dadah lebih serius berikutan berbahaya dikaitkan dengan penggunaannya terbukti lebih kuat daripada dijangkakan sebelum ini.

Bahaya akibat pengambilan ganja terhadap kesihatan pernafasan sedang dilihat secara teliti,” kata Helena Shovelton, Ketua Eksekutif Yayasan Paru-paru Britain. – Reuters


Kopi bantu atasi risiko kanser kulit


Kajian kerap bersenam mampu bunuh sel prakanser

LONDON: Kombinasi meminum kopi dan kekerapan bersenam boleh membantu mengurangkan risiko kanser kulit, kata saintis Amerika Syarikat.

Kedua-dua langkah itu dikatakan dapat bekerjasama membunuh sel prakanser yang DNA dirosakkan oleh radiasi ultra ungu-B dari matahari.

Jika sel terbabit berpecah ia akan membentuk kanser kulit dan akhirnya membawa maut.

Kadar kemunculan kanser kulit di Britain adalah empat kali ganda bagi lelaki dan tiga kali ganda bagi wanita sejak 25 tahun lalu. Penyakit berkenaan adalah kanser paling cepat berkembang di negara itu kerana kebanyakan penduduknya gemar berjemur ketika bercuti di luar negara.

Lebih 8,000 kes malignant melanoma, kanser kulit paling berbahaya dikesan di Britain setiap tahun menyebabkan hampir 2,000 kematian.

Sekurang-kurangnya 75,000 kes kanser kulit bukan melanoma yang lebih ringan dan tidak berbahaya berlaku di Britain setiap tahun.

Kajian terdahulu mendapati senaman dan kopi mungkin memainkan peranan kecil dalam melindungi kanser kulit, tetapi kajian terbaru menunjukkan buat pertama kalinya apabila digabungkan keduanya dikatakan dapat memberi lebih perlindungan.

Saintis yang diketuai Allan Conney di Universiti Rutgers, New Jersey memeriksa kesan lampu ultra ungu terhadap tikus menyebabkan ia kurang berbulu dan kesannya sama terhadap pancaran matahari.

Empat kumpulan tikus terdedah kepada radiasi UV-B, tetapi diberikan diet berbeza dan senaman yang kerap.

Satu kumpulan yang diberikan minuman berkafein bersamaan dengan pengambilan satu atau dua cawan kopi sehari, manakala kumpulan kedua diberikan air tulen tetapi melakukan senaman berlari.

Kumpulan ketiga diberikan kafein dan berlari manakala kumpulan keempat tidak melakukan senaman dan tiada minuman berkafein.

Ahli sains kemudian mengambil sampel dan memeriksa tanda-tanda kerosakan genetik. Mereka juga melihat kepada bukti mekanisma yang tebentuk. – Agensi

try , Rabu, Ogos 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog