2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ramai penduduk dunia jujur

NEW YORK: Satu tinjauan antarabangsa mendapati penduduk dunia sebenarnya lebih jujur daripada yang disangkakan, dengan Slovenia berada di tangga teratas warga kota paling jujur.

Kaedah Kajian :
Wartawan majalah Reader's Digest sengaja meninggalkan 960 telefon bimbit di 30 tempat awam di 32 bandar raya di seluruh dunia untuk menguji orang ramai.

Mereka menghubungi nombor telefon berkenaan dan melihat jika ada orang menjawabnya, mengambil telefon bimbit itu dan cuba menghubungi nombor yang sudah diprogramkan atau sekadar memasukkannya ke dalam poket.

Keputusan :
  • Gelaran warga kota paling jujur dalam tinjauan menjadi milik bandar raya paling kecil dalam kumpulan itu, ibu negeri Slovenia, Ljubljana, dengan 29 daripada 30 telefon bimbit dipulangkan.
  • Namun bandar raya besar juga menunjukkan penduduknya boleh dipercayai dengan bandar raya terbesar Kanada, Toronto, berada di tempat kedua dengan 28 daripada 30 telefon bimbit dikembalikan diikuti Seoul dan Stockholm.
  • Bagaimanapun, keadaan berbeza di Hong Kong dan Kuala Lumpur, dengan cuma 13 daripada 30 telefon bimbit dikembalikan.
Jurucakap Reader's Digest, William Adler, berkata ketika kajian itu tidak bersifat saintifik, hasilnya menarik dan menunjukkan orang ramai lebih jujur dari yang disangka.

Ramai meramalkan dalam temubual awal bahawa kadar pemulangan tidak banyak tetapi kadar pemulangan telefon bimbit yang ‘hilang’ mencecah 68 peratus.
  • Tinjauan mendapati bahawa ibu bapa dengan kanak-kanak bersungguh-sungguh menunjukkan tindak tanduk baik dan wanita lebih cenderung mengembali telefon yang ditemui berbanding lelaki.
New York berada di tempat kelima, terikat dengan Mumbai dan Manila dengan wakil jualan pengiklanan New York, Catherine Borelli, menjadi contoh mengapa orang ramai berusaha mengesan pemilik alat komunikasi itu. – Agensi
try , Khamis, Julai 26, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog