/

Kereta api hibrid atasi pemanasan global

SAKU: Melintasi sawah padi dan membunyikan hon di sepanjang sungai kecil, kereta api dua gerabak di utara kawasan luar bandar Jepun adalah pengenalan terbaru dalam peperangan terhadap pemanasan global.

Menjejaki kejayaan dengan kereta hibridnya, Jepun kini membawa dunia ke kereta api hibrid pula. Kereta api penumpang biasa untuk dilancarkan sudah bersedia Selasa ini untuk laluan pendek di kawasan gunung, kali pertama kereta api hibrid diesel-elektrik akan diletakkan bagi perkhidmatan komersial.

“Ia adalah sebahagian usaha kami untuk lebih hijau,” kata Yasuaki Kikuchi, jurucakap East Japan Railway Co ketika laluan percubaan kepada The Associated Press.

Berbanding kereta, kereta api adalah penyumbang relatif kecil kepada pemanasan global. Di Amerika Syarikat, kereta api menyumbang hanya empat peratus pelepasan karbon dioksida berkaitan pengangkutan, gas rumah hijau utama dipersalahkan kerana pemanasan global.

Tetapi populariti kereta hibrid seperti kereta paling laris Toyota Motor Corp, Prius, membantu meningkatkan minat dalam kereta api hibrid. Syarikat kereta api di seluruh dunia termasuk Amtrak di Amerika dan Deutsche Bahn AG milik Jerman sedang bekerja ke arah itu atau menyiasat teknologi.

Kos masih menjadi halangan. Kereta api Jepun, yang meningkatkan keberkesanan penggunaan minyak kepada 20 peratus dan mengurangkan pelepasan sehingga 60 peratus, membelanjakan hampir 200 juta yen (RM5.78 juta), dua kali ganda banyaknya untuk kereta api biasa, kata Kikuchi.

Dikenali sebagai Kiha E200, ia dilengkapi enjin diesel, dua motor elektrik di bawah setiap gerabak dan bateri litium ion di atas bumbung.

Dengan perkataan ‘hibrid’ dipaparkan dalam tulisan perak di bahagian tepi, kereta api yang dilihat agak biasa keluar dari stesen Nakagomi, digerakkan dengan kuasa empat motor elektrik. – AP
try , Isnin, Julai 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog