/

Barang elektrik sebabkan penyakit lelah, selesema

Hasil kajian mendapati peningkatan kabut elektro jejas kesihatan

LONDON: Barang elektrik seperti komputer, televisyen dan peralatan harian di dapur boleh menyebabkan penyakit lelah, selesema dan penyakit pernafasan yang lain, lapor satu kajian terbaru.

Kajian dilakukan saintis di Pusat Dasar Alam Sekitar Kolej Imperial, London, memberikan sokongan kepada dakwaan yang dibuat kumpulan yang menjalankan kempen menentang peningkatan kabut elektro daripada sumber seperti telefon bimbit, stesen pemancar, sistem Wi-Fi dan barangan elektrik di rumah.

Ia juga dijangka merancakkan pertelingkahan di antara pengeluar dan penyelidik mengenai perkara berkenaan.

Saintis juga percaya satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada radiasi elektromagnet daripada sumber seperti telefon bimbit dan sistem Wi-Fi mempunyai kesan yang sama.

Ketua penyelidikan itu, Keith Jamieson melahirkan kebimbangan mengenai kesan terhadap pesakit di hospital yang dikelilingi pelbagai jenis peralatan elektrik dan selimut yang dibuat daripada bahan sintetik.

Kajian yang akan disiarkan Jurnal Atmospheric Environment edisi Ogos itu, menyediakan bukti kukuh bagaimana peralatan elektrik mungkin menjadi punca pelbagai penyakit berkaitan pernafasan.

Saintis mendapati pelbagai barang elektrik di rumah termasuk komputer, televisyen dan lampu, mampu menyerap debu halus di udara yang mengandungi virus, bakteria dan bahan cemar bertoksik.

Semakin banyak barang elektrik digunakan, semakin tinggi risiko dan semakin banyak serapan berlaku yang akhirnya menjejaskan tisu manusia,” katanya.

Beliau berkata, berikutan saiz debu berkenaan terlalu halus iaitu 80 kali lebih halus daripada sehelai rambut dan manusia menghidunya hampir sepanjang masa menyebabkan jangkitan terhadap tubuh.

“Ada beberapa cara boleh yang boleh dilakukan di rumah dan tempat kerja untuk membantu mengurangkan kadar toksik di dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit serta jangkitan. Antaranya termasuk memastikan suis semua peralatan elektrik terutama komputer riba ditutup selepas digunakan, selain menghindar daripada menggunakan bahan sintetik,” katanya. – Agensi
try , Isnin, Julai 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog